Sekali lagi, di dalam suasana tegang mempertahankan tanah adat NCR oleh OU, penglibatan langsung beliau di dalam meleraikan isu ini yang berpihak kepada syarikat swasta sedikit sebanyak melukakan hati OU yang terlibat. Bermula dengan kes mogok oleh Penan, beliau menjadi perunding mewakili kerajaan dan syarikat balak dengan masyarkat Penan. Siapa yang perlu dilindungi? Dan siapa pula yang memberi mandat kepada beliau untuk menjadi YB?.
Kini, penglibatan beliau secara langsung dan tidak langsung dengan hal ehwal dalaman OU menyebabkan sedikit kepincangan. Di kampung beliau, Lg Bedian sendiri,ada yang mengatakan bahawa mereka ada 'Team A' dan 'Team B'. Ini termasuk campur tangan dalam perlantikan ketua masyarakat yang sedikit dipandang serong oleh orang kampung. Di Long Semiang,penglibatan kakitangan awan kerajaan SOA Marudi, saudara Jeffery Jalong juga terlibat di dalam perlantikan Ketua Kampung yang dikemudikan beberapa orang yang dikatakan mempunyai pertalian dengan YB Lihan. Sebenarnya terdapat cerita disebalik pertukaran Ketua Kampung tersebut yang berunsurkan kepentingan diri sesetengah pihak. Ini amat memeranjatkan, dan bagi kerajaan yang memerintah sekarang,BN perlakuan seumpama ini adalah badi di dalam ketelusan pengurusan hal ehwal OU. Ini juga dijangka akan memberi impak yang maksima pada pilihanraya akan datang sekiranya segelintir 'ikan bilis' ini terus memain peranan dan mendapat sebanyak peluang yang ada untuk mengisi wang saku.
Pada hemah saya, kedudukan YB Lihan sekarang umpama telur di hujung tanduk. Tibanya masanya parti BN cuba pula jentera baru kerana untuk mentadbir sekiranya mendapat mandat pada masa akan datang. Sekiranya individu ini masih berlegar di Telang Usan,masyarakat akan kian hilang kepercayaan dan merasakan mereka dikongkong sepenuhnya, dari segi pemikiran, pembangunan dan malah ketua mereka sendiri dilantik orang lain. Akibatnya nanti OU bukan tidak percaya dengan YB Lihan, tetapi kepada BN. Ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap perkembangan masa sekarang dan kenyataan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Sekiranya BN melihat dari sudut positif,individu ini harus disingkirkan awal sebelum populariti tercemar dengan hal-hal remeh lebih-lebih lagi pilihanraya negeri yang tidak lama lagi.
Kini, golongan muda dan berpelajaran banyak berkongsi idea dengan teknologi internet. Begitu juga mereka disajikan dengan banyak berita dari internet sama ada dari laman Blog, FB, email mahupun media bebas.Kritikan terhadap cara pentadbiran YB Lihan semakin pedas dan mula dipertikaikan. Mungkin di Hulu Baram tidak mendapat berita yang sama kerana tidak ada kemudahan inernet melainkan saluran radio kayan-kenyah. Nampaknya banyak kerja-kerja pentadbiran di ulu Baram tidaklah rahsia sangat dan lambut laun semua akan terbangkor...dan malangnya...sudah terlambat.
Bibawah adalah gambar karikatur yang pernah dilampirkan di laman web Kayan-Kenyah...:-)