
Suara anak Telang Usan semakin lantang mempertikaikan kaedah pengambilan tanah adat mereka yang turut didalangi agensi kerajaan dan juga wakil rakyat yang dipilih. "Saya tidak akan berundur selagi hak tanah dikembalikan kepada rakyat.Biar kes tanah ini sampai ke Mahkamah dan kerajaan harus dipertanggungjawabkan", ulas Charles Gau yang salah seorang penduduk kampung Long Banyok yang lantang berjuang mempertahankan pengambilan hak tanah adat mereka. Pada masa yang sama, kempen mendesak agar projek empangan Baram juga dipergiatkan. Jentera Jawatankuasa Protem Bertindak Rakyat Baram ( JTRB) yang dipengerusikan oleh Philip Jau, baru-baru ini telah berjaya mengumbul 3000 tandatangan penduduk Baram bagi membantah Projek Empangan.
Ramai anak-anak muda terutama yang duduk di bandar telah sedar bahawa hak NCR mereka semakin terhakis. Selama ini, semua rundingan dan perbincangan dengan pihak pemaju hanya diwakili oleh orang tua mereka di kampung. Ini amat merumitkan keadaan apabila terma di dalam perjanjian konsesi tanah nyata tidak menyebelahi orang kampung. Malah pengambilan tanah tidak langsung dibayar.Ada khabar bahawa kampung yang terlibat seperti Long Ekang juga turut membantah, dan mula mengorak langkah mencari jalan penyelesaian. Pemberian konsesi kepada syarikat kroni seperti Rimbunan Hijau dan PKTS di kebanyakan kawasan Baram Hilir,sekiranya terlaksana akan menyebabkan kehabisan tanah terutama bagi penduduk kampung yang banyak bergantung dengan hasil hutan dan bercucuk tanam. Di sebelah Ulu Baram pula syarikat gergasi seperti Samling dan Shin Yang juga mendominasi pengambilan tanah NCR.
Satu cara penyelesaian kepada isu ini adalah dengan hanya membawa kes ini ke Mahkamah. Perkara utama yang dipersoalkan adalah, kenapa Provisional Leasing (PL) sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh agensi kerajaan kepada syarikat-syarikat ini, tanpa persetujuan orang kampung?.Kenapa kerajaan negeri hingga kini tidak mengambil langkah drastik menggazetkan semua tanah NCR termasuk mengiktiraf tanah 'Pemakai Menua' orang asal?. Ini adalah punca kepada pencerobohan tanah NCR kerana polisi dan kaedah seperti 'Konsep Baru' yang diperkenalkan oleh kerajaan GAGAL memajukan masyarakat luar bandar. Bukan sahaja tidak menjanjilan pulangan malah ditindas dengan sewenang-wenangnya.
Kesederan terhadap kehilangan tanah adat ini tidak belum sampai lagi ke kemuncak. Mungkin ramai lagi yang tidak mahu ambil tahu, ataupun belum merasa nasibahnya lagi. Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah.Bagi orang tua di kampung, mereka bukanlah tak sedar, tak peka, tak sayang tanah tetapi mereka hari-hari disajikan dengan janji manis oleh agensi-agensi kerajaan, wakil syarikat malah dari individu yang berkepentingan.40 % pulangan bermodalkan tanah sahaja, siapa tak mahu? Pulangan yang lebih kali 5 kali ganda dari dividen Amanah Saham. Hakikatnya RM300/hektar adalah jumlah bayaran konsesi untuk 99 tahun DAN BOLEH DIPERBAHARUI.Ada juga syarikat seperti Baram Trading suatu ketika dahulu menawarkan RM150/Hektar.Akibat-akibat seperti ini tidak pernah diperjelaskan oleh wakil rakyat. Bagi mendapat kredit bagi pilihan raya negeri akan datang, YB Lihan Jok menyarankan OU Telang Usan menyukat tanah bagi mengesahkan tanah NCR mereka. Persoalannya, tanah NCR mana yang hendak disukat???.Ini semua helah politik yang membelakangi hak rakyatnya sendiri.
Apa yang mengembirakan sekarang, ramai anak-anak muda mula sedar akan peri pentingnya memelihara tanah adat dan sedar akan hak mereka beransur-ansur akan lenyap. Di dalam laman FB, email dan juga laman Web, suara orang-orang telang usan semakin kedengaran. Nescaya, perjuangan ini tidak akan berakhir sehingga hak orang asal dikembalikan sepenuhya.
maknanya, sesiapa sahaja yang menggantikan YB Lihan sebagai ADUN di Telang Usan juga tidak akan berjaya memperjuangkan hak OU ke atas tanah adat mereka (NCR). Secara umumnya YB Lihan tidak berslah dalam hal ini. Beliau meminta agar tanah NCR disukat tetapi beliau tidak ada pengetahuan mengenai sebesar mana tanah NCR Orang Ulu kerana OU sendiri juga sememangnya tidak jelas mengenai NCR itu sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa OU mendiami kawasan Baram sudah lama tetapi hak itu tidak pernah ada tanda (Surat Geran). Saya melihat kenaifan OU sebelumnya adalah punca mengapa OU hari ini tertindas. Namun begitu, perjuangan berterusan memang perlu diusahakan dan mudah-mudahan OU akan mendapat hak mereka yang berpatutan.
ReplyDelete