Search This Blog

Wednesday, May 19, 2010

Wang Tak Boleh Beli Maruah

Gelombang tsunami kecil yang melanda semenanjung nampaknya menular ke Sarawak. Di Ulu Selangor, kemenangan BN adalah memang dijangkakan tetapi bukan dengan laluan yang mudah. Dalam kerancakan kempen, ada yang menabur janji dan juga jaminan wang ringgit bagi membangunkan kawasan Ulu Selangor.

Di Sibu pilihanraya di Sibu baru-baru ini memberi satu kejutan yang amat besar apabila PR berjaya menumpaskan BN meskipun 'orang-orang besar' BN banyak turun padang termasuk PM sendiri. Pelbagai buah tangan yang dibawa termasuk meluluskan geran sebanyak 1.7 Juta kepada 4 gereja Methodist;

En Tao Methodist Church - RM500,000
Tien Tao Methodist Church - RM500,000
Sing Ang Tong Methodist Church - RM400,000
Hwai Ang Tong Methodist Church - RM350,000

Juga dengan kata-kata yang berbaur rahsuah bagi memenangi hati rakyat Sibu. Seperti biasa orang tempatan kata "Lu tolong saya, saya tolong lu". Ketua menteri juga turut menjanjikan RM600 tiap pintu sekiranya BN menang.

Setelah diumumkan keputusan pilihanraya di Sibu, walaupun dengan majoriti tipis, PR telah memberi satu kejutan yang yang amat besar. Ketua Menteri P.Pinang yang berada di Sibu menganggap ianya satu 'keajaiban'. Walaubagaimanapun bertitik tolak daripada dua pilihanraya ini, rakyat Malaysia mula membuka mata bahawa parti memerintah BN agak tertekan dan makin hilang kepercayaan. Di Sarawak, banyak yang beranggapan bahawa keputusan di Sibu baru-baru ini menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan PR bagi menghadapi pilihanraya negeri yang akan datang selewat-lewatnya awal tahun depan.

Kedua-dua pilihanraya Ulu Selangor dan Sibu memberi petunjuk kepada peralihan kepada pengundi Cina. Di Sarawak, pemikiran golongan Dayak agak terbatas kerana terlalu banyak disajikan dengan ceramah dan janji-janji BN. Malah peranan media arus perdana memainkan peranan yang amat penting bagi menyalurkan maklumat penting kepada penduduk luar bandar yang jauh terpinggir. Golongan ini hanya dapat dihubungkan denga saluran perdana radio RTM yang dikawal oleh kerajaan. Tetapi yang mengundi adalah golongan tua kita yang duduk di kampung yang kurang diberi tumpuan.

Bagi rakyat Sarawak, keputusan di tangan kita dan bukanya dikaburi dengan nilai wang ringgit bagi memperjudikan nasib rakyat. Bagi institusi keagamaan seperti gereja dan sidang, 'pertolongan' ketika saat pilihanraya ini anggak janggal dan ada hikmahnya. Adalah baik jika sumbangan dan pertolongan itu datangya dari hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Jangan digadaikan kepercayaan kepada Tuhan kerana godaan iblis dengan wang ringgit. Biarlah rakyat membuat pilihan dengan cara terbuka kerana kita makin matang menilai yang mana emas, yang mana tembaga.

Sketsa

Sketsa

Followers

Ways Forward

Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM

27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching


KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.

Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.

Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:

1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;

2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;

3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);

4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;

5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;

6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;

7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.

Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:

1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;

2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;

3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;

4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;

5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;

6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;

7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;

8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;

9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;

10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;

11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.

12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.

Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:

Nama/Persatuan:

1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian

3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)

5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)

6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu

7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian

8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan

9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian

10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

11. Masa Ak Nangkai
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

12. Jacob Ak Imang
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

13. Anthony Belon
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

14. TR. Engkana Ak Talap
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

15. Maurice Ak Aben
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai

17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)

18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong

19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman

20. Walter Chambers Najod

21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah

22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau

23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau




Hakikat NCR

Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.

Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.


Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Bantahan Terhadap Pembalakan

Bantahan Terhadap Pembalakan

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Dispute over Native's Land

Dispute over Native's Land