
Tekanan terhadap pembinaan empangan Baram semakin tinggi susulan daripada maklumbalas dari penduduk asal yang telah ditimpa musibah yang sama di ulu Belaga.Pengetepian hak penduduk terumanya di Asap, Belaga ekoran pembinaan empangan Bakun menjadi iktibar yang menggerunkan penduduk asal yang berada di laluan 'pembangunan' empangan di Sarawak, dibawah program SCORE.
Di Baram umpanya, tumpuan kini adalah terhadap empangan yang akan di bini di hlu Sg Baram yang akan menenggelamkan hampir sesuku daerah Baram. Walaubagaimanapun beban menjawap bantahan ini terletak di bahu wakil rakyat, Datuk Jacob Dungau Sagan and Dennis Ngau yang baru-baru ini telah memenangi DUN Telang Usan. Isu empangan Baram ini masih tidak terjawab dan pihak berwajib masih bedolak-dalih menanggani isu ini terutamanya soal kebaikan dan keburukan projeck ini kepada penduduk asal di Baram terutamanya masyarakat Ourang Ulu.
Tekanan demi tekanan terus diberikan dalam bentuk kempen bagi memberi kesedaran kepada OU tentang kesan buruk projek ini terhadap kehidupan mereka. Difahamkan, kempen akan terus dianjurkan bagi mendapat sokongan dari semua penduduk OU yang akan terjejas untuk terus menghentikan projek ini.Keadaan sekarang nampaknya agak terhimpit dengan banyak isu besar terutamya melibatkan hak tanah adat (NCR) yang kian terhakis oleh manipulasi syarikat swasta untuk memajukan projek penaman kelapa sawit. Banyak yang berpendapat bahawa pulangan yang akan dikongsi daripada projek ini masih kabur dan lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Bukan setakat itu sahaja, kini tanah sebahagian besar tanah NCR bakal ditenggelamkan.
Jadi persoalan sekarang, adakah program 'pembangunan' ini akan meningkatkan taraf hidup masyarakat OU dari keadaan sekarang yang rata-ratanya dibawah paras kemiskinan?. Kebergantungan penduduk OU terhadap tanah asal mereka tidak dapat dinafikan. Seratus-peratus masih bergantung secara langsung dan tak langsung hasil daripada sumber daripada tanah asal dan juga sungai Baram. Bayangkan sekiranya aset penting ini diambil daripada mereka? Adakah sumber lain yang boleh menjana sumber rezeki mereka selain daripada berhijrah ke bandar-bandar mencari peluang-peluang pekerjaan? dan bagaimana pula dengan yang tidak bependidikan dan kurang pengalaman dalam dalam keadaan pekerjaan sekarang yang semakin mencabar?
Ramai yang muak dengan perkataan 'PEMBANGUNAN' yang dikaitkan dengan projek seumpama ini. Alasan bagi 'mereka' yang berwajib sangat mudah ;
a) Empangan menyediakan peluang pekerjaan
b) Empangan mewujudkan peluang pelancongan dan menjana ekonomi penduduk setempat.
c) Empangan menjana kuasa elektrik yang mendatangkan keuntungan kepada negeri Sarawak.
Adakah kita terfikir bahawa barapa banyak peluang pekerjaan yang akan diwujudkan oleh industri Hidro ini?.Penjanaan tenaga kinetik untuk menjana kuasa elektrik adalah dari kuasa air dan tenaga manusia mungkin diperlukan untuk penyelanggaraan dan teknikal sahaja?.
Sekiranya mereka berpendapat bahawa empangan menjadi tumpuan pelancong dan pengusaha kecil-kecilan seperti membina Homestay atau mini resort, berapa ramai pengusaha yang boleh menceburkan diri dan berapa tinggi prospek keuntungan yang dikatakan boleh menjana pendapatan seluruh OU. Seterusnya, tidak perlu ada Empangan untuk menarik pelancongan.Keindahan bentuk muka bumi dan panorama hutan khatulistiwa di hulu Baram cukup mengkagumkan dan memang dari dulu lagi menarik minat pelancong.Kenapa sumber ini tidak mendapat perhatian dan dibangunkan oleh kerajaan untuk memajukan penduduk OU. Kenapa hanya di Long Bedian sahaja projek Homestay di Tenyok sahaja dimajukan oleh YB Lihan Jok (sebelum ini DUN Telang Usan)?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumber kuasa eletrik boleh menjana keuntungan dan menampung keperluan penduduk Sarawak. Mengikut kiraan, sumber kuasa dari empangan Bakun sudah memadai.Kenapa perlu ada banyak lagi empangan lagi?.Di dalam kontek penduduk Baram sendiri, keuntungan yang dimaksudkan adalah keutungan negeri Sarawak, bukanya keutungan yang terus masuk poket setiap orang.Kalau dibandingkan dengan keuntungan dari sumber minyak di Miri sahaja, hasilnya berbilion-bilion.Di mana keuntungan yang dimaksudkan. Sekiranya berbilion ringgit diterjemahkan di dalam bentuk pembangunan,taraf kehidupan OU tidak seperti sekarang.
Kesedaran terhadap hak kita adalah datang dari kita sendiri. Kesedaran minda dan akal kita berfikir secara rasional, menilai dan membuat keputusan.Politik adalah tetap politik dan idea politik mungkin tidak semestinya medatangkan manfaat kepada inividu.Apa yang kita nampak adalah penyelesaian isu penting ini disalurkan melalui landasan politik yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu. Cuma kita harapkan kepada penduduk OU supaya berfikir secara waras dan renungkan apa yang akhirnya kita akan kecapi suatu hari kelak......
