Menyedari hakikat bahawa pengundi luar bandar yang terdiri daripada penduduk tetap di kampung dan golongan tua, pihak BN benar yakin bahawa bahawa mereka adalah 'fix deposit' dan penentu kepada kemenangan mereka di kawasan luar bandar. Kenyataan dilihat sebagai benar disebabkan golongan ini adalah golongan yang tersisih daripada arus informasi dan hanya disalurkan dengan media arus perdana yang nyata menyebelahi satu pihak sahaja.
Di kawasan luar Bandar seperti di Baram,boleh dikatakan rata-rata penduduk tetap di kampung adalah golongan tua yang berdaftar sebagai pengundi yang sah. Difahamkan juga pemuda yang tinggal di kampung adalah penganggur dan juga mereka yang berkerja di kem kayu balak yang berhampiran. Pada pilihanraya yang sudah, apabila tiba masa pembuangan undi, kelibat golongan orang muda sangat sedikit kerana kurang kesedaran tentang hak mereka. Ini adalah kerana ramai dikialangan mereka yang tidak berdaftar.Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa undi penentu adalah dari golongan tua yang tidak berpelaran. Disamping itu juga, mereka kurang sumber maklumat yang adil bagi membuat penilaian parti mana dan calon mana yang benar-benar boleh dipercayai. Sebaliknya, apa yang nyata sekali mereka banyak didedahkan dengan maklumat yang berat sebelah walaupun keadaan pembangunan sosial dan ekonomi jauh ketinggalan di bandingkan dengan masyarakat bandar dan juga penduduk di Semenanjung Malaysia.Peruntukan sedikit sumbangan pada masa dekat dengan pilihanraya sudah cukup memenuhi kehendak mereka dan mengatakan bahawa itulah yang dikatakan 'kemajuan' sebenar.
Kemunculan media baru seperti internet telah menyangkal bahawa kerajaan memerintah tidak sekuat mana di kawasan luar bandar. Ini juga menggalakan limpahan suara anak muda yang impikan perubahan dalam suasana politik di Telang Usan dan Sarawak amnya. Namun pada hakikatnya, keadaan ini tidak mengundang perubahan politik kerana kuasa berada di tangan pengundi, iaitu pengundi luar bandar yang rata-ratanya golongan tua.Baru-baru ini, media memaparkan hampir 40 ribu anak Sarawak di Johor tidak dapat pulang mengundi. Golongan ini termasuk anak-anak muda yang menetap di bandar yang sibuk dengan kerja. Bila tiba saat keputusan pilihanraya diumumkan, suara-suara anak muda ini tidak kedengaran disebabkan hanya tidak mendaftar dan tidak mengundi sebaliknya mandat akan ditentukan oleh orang tua mereka di kampung.PERKARA INI ADALAH HAKIKAT SEBENAR BAGI PENGUNDI DI KAWASAN LUAR BANDAR. Oleh sebab itu, BN menyedari hakikat ini dan percaya mereka akan terus menawan kerusi di Telang Usan dan banyak kawasan pedalaman lain di Sarawak. Usaha untuk mengubah keyakinan penduduk luar bandar kepada parti politik yang lain dalam masa yang singkat adalah satu usaha yang sangat sukar.
Kini, faktor kemenangan mungkin berpihak kepada BN kerana nampaknya mereka berjaya mengunci minda orang kampung kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu. Tidak kisahlah banyak kebangkitan suara anak muda yang hanya menyalak di media internet namun BN tetap dengan strateginya terus mengunci pemikiran orang-orang yang boleh memberi mandat kepada mereka. Kemunculan En Harisson Ngau dari PKR di Telang Usan nampaknya memikul tugas yang besar bagi memberi keyakinan dan mengubah 'mindset' Orang Ulu di kawasan itu. Walaubagaimanapun, harapan masih bersandar kepada pihak pembangkang bagi memberi tentangan dan memberi kesedaran kepada Orang Ulu yang telah lama lena di bawah payung BN dan cengkaman bekas DUN Telang Usan, YB Lihan Jok.
Search This Blog
Thursday, March 31, 2011
A light at the end of the tunnel
Some reported statement retrieved from The Malaysia Insider foresee the wind of change in Sarawak politic
Dr Faizal Syam Hazis of Universiti Malaysia Sarawak said the 29 contentious seats comprised of 15 Chinese majority seats and 14 seats in Iban, Malay/Melanau, Bidayuh and Orang Ulu areas.
The Chinese seats include all six DAP seats (Pending, Kidurong, Bukit Assek, Batu Lintang, Kota Sentosa and Meradong), Parti Keadilan Rakyat’s lone seat of Padungan, and Ngemah held by Parti Cinta Malaysia.
Faisal said the low support among Chinese voters towards the BN threatens the future of the Sarawak United People’s Party (SUPP), the second largest party in Sarawak BN.
“Even Piasau is not safe anymore,” says Faisal referring to the seat held by Deputy Chief Minister and SUPP president Tan Sri Dr George Chan.
Another panellist, Prof Dr Jayum Jawan, said although much has been made of Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud’s unpopularity in the media, the issue will not resonate with rural voters.
“The real issue is about Sarawak being left out of the mainstream of development. Development has largely benefitted the Malays, Chinese and Indians in the peninsula but not Sarawakians,” said Jayum of Universiti Putra Malaysia.
The Malay/Melana Jayum explains will not vote against Abdul Taib as he is seen as “one of their own” while Iban voters will be loyal to their politicians.
“Corruption, abuse of power, good governance, these are issues that are alien to the longhouses,” said Jayum.
Despite Sarawak’s oft-repeated boast that it has better race relations than the Peninsula, residents are still influenced by concerns of communal survival when they cast their votes.
“If you look at the Malay/Melanau vote they are motivated by a feeling of not wanting to rock the [boat],” said UiTM’s Assoc Prof Shaharuddin Badaruddin.
Malay/Melanaus, he said, were worried of losing control of the state via Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), the largest component party of Sarawak BN.
Ibrahim Sufian of the Merdeka Center said though the “winds of change” are blowing in Sarawak, they will not blow hard enough to unseat the BN.
“We are not going to see a sea-change after April 16,” he said.

Wednesday, March 30, 2011
En Harrison Ngau Disahkan Bertanding
Baru Bian mengesahkan En.Harrison Ngau akan bertanding dalam pilihanraya negeri pada 16 April ini. Baru-baru ini mereka membuat lawatan di Long Bemang, Tutoh Apoh bagi meninjau sokongn rakyat di sana. Kebangkitan Harisson kali ini di bawah bendera PKR mungkin memberi suntikan semangat penduduk OU yang lantang menentang penindasan terutama hak tanah mereka.
Walaubagaimanapun di pihak BN, calon yang akan bertanding belum dimuktamatkan lagi. Namun ada berpendapat bahawa En Dennis Ngau mungkin dipilih walaupun nama veteran politik seperti Robert Laing juga sering disebut-sebut. Besar kemungkinan pertembungan kali ini adalah tiga penjuru apabila Kebing Wan dari SNAP juga turut mengesahkan pecalonan beliau.
Kemunculan En Harisson kali ini boleh dilihat sebagai usaha terakhir mempertahankan hak orang asal terutamanya hak tanah orang asal. Disamping itu juga, ini akan menghangatkan lagi bantahan OU terhadap pembinaan empangan bakun dan memberi tekanan kepada projek jalan raya utama iaitu jalan LAPOK yang masih terbengkalai. Penglibatan beliau juga sebagai peguam yang selama ini banyak membawa kes-kes tanah ke mahkamah dilihat sebagai individu yang benar-benar mewakili penduduk yang ditindas hasil daripada projek-projek penanaman kelapa sawit yang didalangi oleh kroni kerajaan BN dan Taib.
Sebagai pemerhatian awal, En Harrison Ngau mempunyai peluang yang cerah menawan hati OU yang kini agak tertekan. Mungkin juga sumbangan dan ceramah politik dari pihak BN di saat-saat akhir memberi kesan namun apa-apa pun boleh berlaku sekiranya di satu pihak lagi usaha dilipat gandakan bagi memberi kesedaran kepada OU dan membuat keputusan secara waras sebelum memangkah undi pilihan mereka.

Sunday, March 27, 2011
Harapan Penampilan PKR Vs BN di Telang Usan
Kurang dua minggu lagi untuk hari penamaan calon,ramai lagi yang tertanya-tanya siapakah yang akan bertanding merebut kerusi di DUN Telang Usan. Di pihak BN, nama Dennis Ngau dan Robert Laing menjadi bualan. Ada juga yang berpendapat bahawa besar kemungkinan bahawa tanggungjawab ini akan diberi kepada Dennis Ngau.Di satu pihak pula, En Kebing Wan telah awal-awal mengesahkan bahawa beliau akan bertanding walau dalam keadaan mana sekalipun di bawah bendera SNAP.
Pengesahan dari En Kebing ternyata memberi peluang besar kepada BN mengaut undi majoriti di Telang Usan sekiranya parti pembakang yang lain turut mengesahkan bertanding. Ini adalah kerana keadaan ini akan memecah undi OU dan BN mungkin mengambil peluang melaga-lagakan SNAP dengan PKR mahupun DAP. Di pihak pembangkang pula, kepercayaan terhadap SNAP agak pudar apabila ada tuduhan mengatakan bahawa SNAP adalah proxy UMNO di Sarawak.Sekiranya tuduhan ini benar, pembangkang seharusnya mengatur langkah sendiri bagi mengelak perlakuan lompat parti dan mungkin melumpuhkan usaha untuk menawan DUN Sarawak. Seperkara dengan ini, penglibatan En Kebing Wan dalam arena politik adalah agak 'membosankan' kerana populariti,latar belakang dan usia beliau. Ada yang tertaya-tanya apakah tujuan dan objektif beliau jika di lihat dari faktor usia dan latar belakang politik beliau yang tidak sehebat mana.
Dalam keadaan sekarang, parti pembangkang yang lain (PKR & DAP) harus tampil memberi cabaran kepada BN dan membawa suara rakyat yang tenggelam selama ini. Sebelum nama calon diumumkan pada 6 March ini, saya masih optimistik bahawa bahawa nama En Harrison Ngau mungkin sekali lagi dihebahkan di Telang Usan.Ada ura-ura mengatakan bahawa beliau ataupun seorang lagi anak muda, En Rolland Engan akan bertanding dari tiket PKR. Penampilan kedua En Harisson di pentas politik Telang Usan mungkin memberi sedikit semangat dan inspirasi kepada OU bagi mengetengahkan kesusahan dan penindasan mereka. Kemunculan En Harrison sebagai peguam dan aktivis alam sekitar peguam amatlah tepat pada masanya kerana OU sekarang berdepan dengan masalah perampasan tanah NCR oleh syarikat kelapa sawit dan juga pembinaan empangan Baram. Harapan untuk membawa suara mereka ke pihak kerajaan negeri adalah tinggi bagi menghentikan segala penindasan hak mereka sebagai orang asal.
Oleh itu, harapan kini hanya disandarkan kepada parti pembangkang sama ada PKR ataupun DAP bagi mempersoalkan ketidakcekapan pentadbiran yang sedia ada.Ini amat jelas dinyatakan di dalam misi untuk mengembalikan semua hak orang asal dan menghapuskan segala rasuah dan syarikat kroni yang rakus merampas tanah asal OU di Baram. Bagi En Kebing Wan di bawah payung SNAP pula, kini tiba masanya untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada generasi baru membawa cabaran dan inspirasi baru untuk OU. Oleh itu, kami OU mengambil kesempatan memberi terima kasih kepada beliau selama penglibatan beliau di dalam arena politik dan kini masanya untuk berehat dan terus bersara.Kemunculan kali ini mungkin agak terlambat dan tidak seperti di zaman kegemilangan lagi, ianya mungkin hanya sekadar bertanding dan tidak mempunyai misi yang jauh kerana faktor usia.Harapan di Telang Usan ingin melihat pertembungan satu lawan satu antara BN Vs PKR mahupun DAP. Memandangkan DAP sinonim dengan kaum Cina, mungkin PKR boleh membawa cabaran besar berdepan dengan BN.
Akhir sekali,sekali lagi STU mengucapkan selamat mengundi dan pilihan di tangan OU bagi memberi mandat 5 tahun lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
►
2009
(50)
- ► 03/22 - 03/29 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/19 - 04/26 (1)
- ► 04/26 - 05/03 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (3)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (3)
- ► 08/30 - 09/06 (4)
- ► 09/06 - 09/13 (6)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/20 - 09/27 (5)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 11/01 - 11/08 (1)
-
►
2010
(10)
- ► 05/16 - 05/23 (1)
- ► 09/12 - 09/19 (3)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 09/26 - 10/03 (1)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 10/17 - 10/24 (2)
- ► 10/31 - 11/07 (1)
-
▼
2011
(33)
- ► 01/09 - 01/16 (3)
- ► 01/30 - 02/06 (1)
- ► 02/06 - 02/13 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (4)
- ► 02/20 - 02/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (3)
- ▼ 03/27 - 04/03 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (4)
- ► 04/10 - 04/17 (2)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 05/01 - 05/08 (1)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 11/20 - 11/27 (1)
Sketsa
Followers
Ways Forward
Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM
27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching
KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.
Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.
Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:
1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;
2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;
3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);
4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;
5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;
6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;
7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.
Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:
1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;
2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;
3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;
4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;
5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;
6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;
7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;
8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;
9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;
10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;
11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.
12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.
Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:
Nama/Persatuan:
1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian
3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)
5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu
7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian
8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan
9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian
10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
11. Masa Ak Nangkai

12. Jacob Ak Imang

13. Anthony Belon

14. TR. Engkana Ak Talap

15. Maurice Ak Aben

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai
17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)
18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong
19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman
20. Walter Chambers Najod
21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah
22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau
23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau

Hakikat NCR
Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.
Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.