
Sempena hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini,program Malaysia Day Sape Tour telah diadakan di Bangunan Annex, Central Market, Kuala Lumpur. Beberapa jemputan khas dari masyarakat orang asal dari Belaga dijemput untuk membuat persembahan tarian ngajat dan sape. Program ini juga mempamerkan gambar foto dan video mengenai isu-isu semasa yang menimpa penduduk Belaga, khasnya masyarakat yang terkena tempias projek hidroelektrik di bakun Bakun dan Murum.
"Kita juga ingin merasa manis gula seperti orang lain tetapi sebaliknya kita diberi Cili" kata Saran Juna dengan nada yang sedih ketika mengulas soalan wakil media.Beliau adalah salah seorang perwakilan yang dijempat di dalam program tersebut bersama 3 yang lain, Miku Loyang, Kilah Kiut,dan isteri kapada Miku.Antara lain, beliau meluahkan kesedihan dan masalah yang dialami oleh pendudduk Asap ekoran pengambilan tanah mereka bagi laluan projek bakun. "Kami dilayan seperti binatang di tanah sendiri" ulas beliau lagi.
Miku Loyang juga turut menerangkan kisah-kisah kehidupan mereka di Asap dan menyeru golongan belia sekarang agar berfikir dan membantu mereka pada pilihanraya akan datang. Ini adalah kerana beliau beranggapan bahawa kuasa politik lah menyebabkan hak mereka tergadai."Rumah penempatan semula untuk kami sekarang seolah macam reban ayam, rumah dua tingkat yang saya buat sendiri di tanah saya dulu jauh lebh cantik" ulas beliau. Beliau mendakwa sesetangah pampasan dari kebun koko, lada dan buah-buahan mereka belum dibayar sepenuhnya hingga ke hari ini disamping royalti juga turut tidak dibayar.Turut hadir memberi ceramah adalah peguam Abun Sui Anyit yang juga berasal dari daerah Belaga.
kerajaan negeri harus mengambil kira kepentingan penduduk setempat dalam melaksanakan apa jua 'pembangunan'.
ReplyDeleteOU Baram haris jadikan ini sebagai teladan. 'Pembangunan' ini bukan di Bakun sahaja ttpi akan datang ke Baram.....seia dr sekarang..!
ReplyDelete