Search This Blog

Tuesday, November 2, 2010

Kredibiliti YB Lihan Jok Dipersoalkan.

Bermula dengan menghangatkan isu terma Orang Ulu kepada Lun Dayah, ramai pengkritik menghentam di dalam media internet dan menjadi buah mulut masyarakat OU."Dam is a God gift" pula mendapat reaksi panas daripada masyarakat OU yang risau akan nasib tanah ulu Baram yang akan dikuburkan oleh takungan air untuk "menjana" "kuasa" mereka.Lebih-lebih lagi beliau adalah penganut Kritian mazhab SIB yang biasa dikenali dengan berpegang teguh dengan ajaran agama. Nama agung 'YESUS'atau 'TUHAN' biasa berkumandang di dalam gereja-gereja. Siapa pula yang ditafsirkan sebagai'GOD'di pentas politik?. Kenapa kita berani memperjudikan nama 'Tuhan' untuk mempertahankan pendapat ilmiah?.

Sekali lagi, di dalam suasana tegang mempertahankan tanah adat NCR oleh OU, penglibatan langsung beliau di dalam meleraikan isu ini yang berpihak kepada syarikat swasta sedikit sebanyak melukakan hati OU yang terlibat. Bermula dengan kes mogok oleh Penan, beliau menjadi perunding mewakili kerajaan dan syarikat balak dengan masyarkat Penan. Siapa yang perlu dilindungi? Dan siapa pula yang memberi mandat kepada beliau untuk menjadi YB?.

Kini, penglibatan beliau secara langsung dan tidak langsung dengan hal ehwal dalaman OU menyebabkan sedikit kepincangan. Di kampung beliau, Lg Bedian sendiri,ada yang mengatakan bahawa mereka ada 'Team A' dan 'Team B'. Ini termasuk campur tangan dalam perlantikan ketua masyarakat yang sedikit dipandang serong oleh orang kampung. Di Long Semiang,penglibatan kakitangan awan kerajaan SOA Marudi, saudara Jeffery Jalong juga terlibat di dalam perlantikan Ketua Kampung yang dikemudikan beberapa orang yang dikatakan mempunyai pertalian dengan YB Lihan. Sebenarnya terdapat cerita disebalik pertukaran Ketua Kampung tersebut yang berunsurkan kepentingan diri sesetengah pihak. Ini amat memeranjatkan, dan bagi kerajaan yang memerintah sekarang,BN perlakuan seumpama ini adalah badi di dalam ketelusan pengurusan hal ehwal OU. Ini juga dijangka akan memberi impak yang maksima pada pilihanraya akan datang sekiranya segelintir 'ikan bilis' ini terus memain peranan dan mendapat sebanyak peluang yang ada untuk mengisi wang saku.

Pada hemah saya, kedudukan YB Lihan sekarang umpama telur di hujung tanduk. Tibanya masanya parti BN cuba pula jentera baru kerana untuk mentadbir sekiranya mendapat mandat pada masa akan datang. Sekiranya individu ini masih berlegar di Telang Usan,masyarakat akan kian hilang kepercayaan dan merasakan mereka dikongkong sepenuhnya, dari segi pemikiran, pembangunan dan malah ketua mereka sendiri dilantik orang lain. Akibatnya nanti OU bukan tidak percaya dengan YB Lihan, tetapi kepada BN. Ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap perkembangan masa sekarang dan kenyataan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Sekiranya BN melihat dari sudut positif,individu ini harus disingkirkan awal sebelum populariti tercemar dengan hal-hal remeh lebih-lebih lagi pilihanraya negeri yang tidak lama lagi.

Kini, golongan muda dan berpelajaran banyak berkongsi idea dengan teknologi internet. Begitu juga mereka disajikan dengan banyak berita dari internet sama ada dari laman Blog, FB, email mahupun media bebas.Kritikan terhadap cara pentadbiran YB Lihan semakin pedas dan mula dipertikaikan. Mungkin di Hulu Baram tidak mendapat berita yang sama kerana tidak ada kemudahan inernet melainkan saluran radio kayan-kenyah. Nampaknya banyak kerja-kerja pentadbiran di ulu Baram tidaklah rahsia sangat dan lambut laun semua akan terbangkor...dan malangnya...sudah terlambat.

Bibawah adalah gambar karikatur yang pernah dilampirkan di laman web Kayan-Kenyah...:-)

Saturday, October 23, 2010

Suara Anak Telang Usan



Suara anak Telang Usan semakin lantang mempertikaikan kaedah pengambilan tanah adat mereka yang turut didalangi agensi kerajaan dan juga wakil rakyat yang dipilih. "Saya tidak akan berundur selagi hak tanah dikembalikan kepada rakyat.Biar kes tanah ini sampai ke Mahkamah dan kerajaan harus dipertanggungjawabkan", ulas Charles Gau yang salah seorang penduduk kampung Long Banyok yang lantang berjuang mempertahankan pengambilan hak tanah adat mereka. Pada masa yang sama, kempen mendesak agar projek empangan Baram juga dipergiatkan. Jentera Jawatankuasa Protem Bertindak Rakyat Baram ( JTRB) yang dipengerusikan oleh Philip Jau, baru-baru ini telah berjaya mengumbul 3000 tandatangan penduduk Baram bagi membantah Projek Empangan.

Ramai anak-anak muda terutama yang duduk di bandar telah sedar bahawa hak NCR mereka semakin terhakis. Selama ini, semua rundingan dan perbincangan dengan pihak pemaju hanya diwakili oleh orang tua mereka di kampung. Ini amat merumitkan keadaan apabila terma di dalam perjanjian konsesi tanah nyata tidak menyebelahi orang kampung. Malah pengambilan tanah tidak langsung dibayar.Ada khabar bahawa kampung yang terlibat seperti Long Ekang juga turut membantah, dan mula mengorak langkah mencari jalan penyelesaian. Pemberian konsesi kepada syarikat kroni seperti Rimbunan Hijau dan PKTS di kebanyakan kawasan Baram Hilir,sekiranya terlaksana akan menyebabkan kehabisan tanah terutama bagi penduduk kampung yang banyak bergantung dengan hasil hutan dan bercucuk tanam. Di sebelah Ulu Baram pula syarikat gergasi seperti Samling dan Shin Yang juga mendominasi pengambilan tanah NCR.

Satu cara penyelesaian kepada isu ini adalah dengan hanya membawa kes ini ke Mahkamah. Perkara utama yang dipersoalkan adalah, kenapa Provisional Leasing (PL) sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh agensi kerajaan kepada syarikat-syarikat ini, tanpa persetujuan orang kampung?.Kenapa kerajaan negeri hingga kini tidak mengambil langkah drastik menggazetkan semua tanah NCR termasuk mengiktiraf tanah 'Pemakai Menua' orang asal?. Ini adalah punca kepada pencerobohan tanah NCR kerana polisi dan kaedah seperti 'Konsep Baru' yang diperkenalkan oleh kerajaan GAGAL memajukan masyarakat luar bandar. Bukan sahaja tidak menjanjilan pulangan malah ditindas dengan sewenang-wenangnya.

Kesederan terhadap kehilangan tanah adat ini tidak belum sampai lagi ke kemuncak. Mungkin ramai lagi yang tidak mahu ambil tahu, ataupun belum merasa nasibahnya lagi. Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah.Bagi orang tua di kampung, mereka bukanlah tak sedar, tak peka, tak sayang tanah tetapi mereka hari-hari disajikan dengan janji manis oleh agensi-agensi kerajaan, wakil syarikat malah dari individu yang berkepentingan.40 % pulangan bermodalkan tanah sahaja, siapa tak mahu? Pulangan yang lebih kali 5 kali ganda dari dividen Amanah Saham. Hakikatnya RM300/hektar adalah jumlah bayaran konsesi untuk 99 tahun DAN BOLEH DIPERBAHARUI.Ada juga syarikat seperti Baram Trading suatu ketika dahulu menawarkan RM150/Hektar.Akibat-akibat seperti ini tidak pernah diperjelaskan oleh wakil rakyat. Bagi mendapat kredit bagi pilihan raya negeri akan datang, YB Lihan Jok menyarankan OU Telang Usan menyukat tanah bagi mengesahkan tanah NCR mereka. Persoalannya, tanah NCR mana yang hendak disukat???.Ini semua helah politik yang membelakangi hak rakyatnya sendiri.

Apa yang mengembirakan sekarang, ramai anak-anak muda mula sedar akan peri pentingnya memelihara tanah adat dan sedar akan hak mereka beransur-ansur akan lenyap. Di dalam laman FB, email dan juga laman Web, suara orang-orang telang usan semakin kedengaran. Nescaya, perjuangan ini tidak akan berakhir sehingga hak orang asal dikembalikan sepenuhya.

Wednesday, October 20, 2010

Masa Depan Tanah Adat (NCR)

Sekian lama OU mempertahankan hak tanah NCR daripada dicerobohi dan melindungi hasil buminya, kini sudah hampir kepada kehingan sepenuhnya hak itu. Dulu bercerita berkenaan kem balak tetapi ia tidaklah seperit yang disangka kerana ada segelintir penduduk yang bergantung hidup dengan gaji dari syarikat balak.

Kini semua sudah habis, tanah pula menjadi sasaran dan NCR menjadi buah mulut bagi semua penduduk asal Sarawak dan Telang Usan khasnya. NCR adalah aset terakhir bagi OU bagi menyambung nyawa dengan hasil buminya, sungai dan sumber hutan. Semua ini bakal diganti dengan kelapa sawit yang diusahakan oleh syarikat swasta. Tidak cukup dengan itu hulu Baram akan ditenggalamkan bagi menyahut program SCORE yang dilaungkan oleh kerajaan.

Kini, pihak-pihak tertentu sudah cuba memujuk dan 'memperjelaskan' pulangan daripada projek-projek kepada OU. Pulangan kepada hak tanah adat dan harga diri, OU dapat menikmati jalan Miri-Lapok, projek-projek mini luar bandar, geran ini dan geran itu.Semuanya tergadai dengan semudah dan semurah itu. Kita percaya bahawa bukan semua OU tertipu dengan cara sebegini, cuma segelintir sahaja terutama orang-orang yang berkepentingan. YB Lihan juga tidak duduk senang bagi merealisasikan hasrat ini. Ke hulu, ke hilir menyampaikan khabar baik tentang empangan Baram, Projek kelapa sawit, dan juga berjaya memujuk Penan membuka halangan bagi membenarkan pencuri masuk ke tempat mereka untuk terus merompak kayu balak.

Hari demi hari, banyak isu-isu telah terbongkar dan sukar diselindungkan lagi. Tapi ada dikalangan mereka yang terlibat cuba menyebunyikan diri agar tidak dipersalahkan. Contohnya, berkenaan dengan isu tanah NCR Long Banyok, hampir semua tanah di dalam kawasan kampung telah diletakan di dalam kawasan konsesi projek kelapa sawit oleh syarikat PKTS dan Rimbunan Hijau. Cadangan projek kelapa sawit oleh syarikat ini telah dicanangkan oleh agen-agen mereka termasuk YB, Pegawai Kerajaan (SAO), Ketua Masyarakat dan pihak-pihak bekepentingan. Sekarang, SAO (Marudi) Jeffery Jalong, misalnya telah berpaling tadah dan mengatakan bahawa beliau berjuang hak tanah NCR kampung beliau, Long Banyok. Tetapi sebelum ini mendesak ketua masyarakat dan penduduk kampung untuk supaya tidak membantah pelawaan syarikat-syarikat tersebut. Perosalanya kini, siapa harus dipersalahkan?. Jika benar menjadi pejuang tanah NCR, dengan siapa beliau akan berjuang? Adakah anjing akan menyalak tuannya sendiri.?

Inilah dasar dan sifat yang amat mengelirukan dan tidak profesional. Oleh itu, OU harus berhati-hati bila membuat keputusan terutama bila ada campur tangan pihak-pihak tertentu seperti yang diperkatakan tadi. Ia umpama api dalam sekam dan menunggu masa untuk membara. Bila sudah berlaku, OU sendiri dipersalahkan. Bersedialah dari sekarang kerana masanya akan tiba kerana 'mereka' kini sedang memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri sebelum bertindak semula.

Tuesday, October 5, 2010

Siapa Burak Sem?




Bagi yang kerap melayari internet dan email, mungkin pernah terdengar nama 'Burak Sem' atau tuak masam. Sinonim dengan nama itu, banyak email telah ditulis khasnya menyentuh isu semasa di telang usan. Kritikan pedas beliau kadang-kadang menarik perhatian pembaca khasnya yang ingin mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Telang Usan. Benar atau tidak...terpulang kepada pembaca untuk menilai. Baru-baru ini, beliau mengedar surat terbuka melalui email berkenaan pemilihan calon PKR di baram....Selamat membaca.

To: YB Datuk Sri Anuar Ibrahim,

YB Lim Kit Siang

YB Karpal Singh

YB Baru Bian

Dear Sir,

Ref: Give us Hope for New YBs/Leaders in Sarawak

I read the news about ex PBB "Salleh Jafaruddin to make political come back" and "Rebellion looms in SUPP" involved Jonathan Krai and Jocnical Rayong who is related to Alfred Jabu.

In the news, former PBB member, Deputy Education Minister Salleh Jafaruddin is expected to make a comeback to active politics in Sarawak soon. We are yet to know, which party is he going to take his ride this time.

As someone born, residing and pure natives of Sarawak, I strongly oppose if there's any intentions from the party to recruit these trouble ex BN YBs or leaders into PR's herd.

Remember that famous idiom of the 'One Bad Apple'? These are the type of "Bad Apples" already eliminated from BN and intended to spread their contaminated and expired philosophies to the next party whichever will welcome them.

I regret to mention, most of ex BN leaders are well trained on curruptions, dissipated and are only in politics for their own self interest, prestige and building business on rayak's wealth for themselves and family members. Not to serve the rakyat. Have we not learn from our good lessons, happened in Perak, Selangor and Kedah early this year, the story of 'frogs' who were not in any positions in BN and jumped to PR for about one year and jumped from PR to BN because of their financial problem?

In my constintuency Telang Usan, I heard rumors about Mr Kebing Wan who is very keen to stand as PR candidate on SNAP's ticket.

Mr Kebing Wan is ex-PBB and former-political secretary to Abdul Taib Mahmud and later turned independent (cap "kelapa sawit", "kunchi" and etc.) before joined SNAP.

I am not sure, whether PR have ever come up with procedure on 'appraisal or background check on the candidates before approving them to represent for the people. Mr Kebing Wan, who is having family problem and also previously failed YB for Telang Usan during his PBB era. How could we blindly vote a person who cannot even manage his own family to manage a constituency at large, because being leader is always leader living by example, knows people's need and also to champion our rights?

I am very much sure, there are a lot of qulified, young, bold, energetic graduates, down to earth Dayaks out there who can understands the people problems and people's leaders - to choose as PR's candidates.

However, not all ex-BN YBs are "Bad Apples" or it's not necessary of their years of bad experiences from BN will gaurantee their good performaces in PR. Therefore, PR must look at the potential candidates with that common word call 'Basic Principles'. A leader of our choice must be able to communicate his or her vision in terms that cause followers to buy into it. He or she must communicate clearly and passionately, as passion is contagious. A good leader must have the discipline to work toward his or her vision single-mindedly, as well as to direct his or her actions and those of the team toward the goal. A leader who always doing something in pursuit of the vision, inspiring others to do the same with integrity, dedication and honest dealings.

We have enough of 45 years with Sarawak BN's poor management of Sarawak, with their cultures of dirty policies, self centered and their greed. We have enough of leaders who have been busy with their onw business throughout their terms and only appears at his continuance during campaign period.

Nobody can fool us, to ignore our integrity by throwing our full supports to vote for any parties while ignoring the weakness and failures of their candidates. We have practices our 'obligation of obedience' by voting the incumbent BN YB, Lihan Jok & Jacob Dungau for the sake of supporting BN with a tip of RM50.00 each, which have lead us into their terms of absolute chaotic.

Sir, we must do it correctly this time, for PR to choose correctly and quality leaders. Please give us hope for new YBs/leaders of our dream in Sarawak.!

If any of ex-BN YBs Sarawak to stands as PR's candidate in this coming election, I'd rather encourage all of PR friends and supporters by campaigning door-to-door, or through emails and blogs to boycott the voting for any parties completely.

----------------------------------------------------

'WE SHALL OVERCOME"

Best of Regards
Burak S. Sem

Saturday, October 2, 2010

Reaksi Terhadap Keputusan Kebing Wan Untuk Bertanding Bagi DUN N67

Pengumuman untuk bertanding oleh Kebing Wan pada pilanraya negeri bagi DUN N67 Telang Usan mengudang beberapa reaksi seperti dibawah.Antara lain, penglibatan Kebing Wan kali ini dianggap menjejaskan peluang satu-lawan-satu antara BN dan PKR serta memecah jumlah undi. Ada yang beranggapan bahawa beliau terlalu lama dalam politik dan sehaluan dengan agenda BN dimana beliau pernah berkhidmat dulu.Kini banyak suara inginkan kepada mengetengahkan muka baru, berpendidikan, cergas serta berwawasan untuk menerajui kepimpinan OU di Baram.


Source: From circulated email

The impending election is Do or Die! for PR. Its Now Or Never!
We want a credible candidate with integrity & who is willing to self-sacrifice for the community.

Kebing, your time is over! Please step aside & let a new young blood intellectual with a university degree take over.

It is reliably told that during DUN sitting:
* You were not very vocal & play safe lest you rub Taib's feather the wrong way.
* Like the rest of BN people, you don't have the guts to voice out the inspirations of the Dayak.
* You always play according to the tune of BN so as not to cause any offense. Hoping that PBB would take you back & field as a candidate in Baram.
* Your marriage life is broken beyond repair.
* You have the same sickness as Robert Laing, having extra marital affair with other women. Both of you are not fit to be our leader.

Kebing if you insist to stand this coming election, its for the following reasons:
1. You are selfish & only thinking of yourself NOT the community.
2. You have an inflated ego & self vested interests.
3. You are an opportunist when you found out more & more people are for PR ...& don't misunderstand its NOT because they want Kebing.
4. You are paid by BN to split the vote.
5. You have always been a PBB in action, mind & Spirit. A leopard will not change its spot.
6. You are Fat, Old & Slow!!!!

BTMA
______________________________________________


I think personally Kebing should retired from being a candidate for telang usan especially for PR/apposition. He don’t have much saleable value and be more of a liability than an asset for the PR. If he become a PR candidate, sure lose as people don’t see him now as a credible person with his political baggage and family problem. He is more of political opportunist rather than a genuine integrity political leader. He seem to want to stand in every election without giving way or supporting others candidacy.



If PR is going to choose him, he is going to make them lose the telang usan seat. I would rather that he don’t contest and some one from PKR to stand. Furthermore SNAP now is not as it was before. They are perceive to be weak with little influence and the leaders at the helm are mostly ex-BN, rather old and unenergetic .

Regards
Bit


This kind of spirit is a good one and never get faded or undivided to support PR in the coming DUN election soon. However, why can we have a young man and very energertic from BARAM agains't the BN opponent? I think new broom always sweep well compare to old broom? Please do not get mad coz this is just a comment for the betterment of OUNA society in BARAM. I always give my undivided support to any one of them as long as the wellbeing of people from BARAM are well taking care etc.......so the real quality being a good rep from BARAM MUST come from the bottom of the heart not vise versa for their own wealth or personal interest. If you want to become our rep from BARAM then you have to think twice rather to wast you time coz sooner or later you will loose and lost your deposit. MOST of the people who became REP from BARAM in the past no mater opposition or BN they always give a very good leep services and fooling the people from BARAM and until now. To me this is one of the reason why mostly of our people from BARAM NEVER have a good life and always living under poverty and if this is NOT going to be change by us all as from now we'll be the same till WAWASAN 2020 and forever and ever. THINK about it????????????

Please comment and diseminate it to our fellow friends from BARAM

______________________________________________

Uncle Kebing.

Uh......nah!!!!!!!!!!

I heard you;

1. suddenly have a huge land in Lg Laput territory domain.
2. are million dollar man.
3. were in the politic last two decades.
4. suit the companies encroach, you claimed your land in Pamakai Menao / Daleh.
5. are play boy.
6. broken family.

What did you do so far even a tiny things for the Telang Usan people.

1. The huge land you claimed yours refer to the Lg Laput NCR within the territory domain. Is it the land yours alone!!!!!!!!! i doubt it.....you THINK!!!!!!!!!!
2. Since you are million dollar man, i never see any talks or seminars organize by you for the Baram people about their rights!!!!! ect. Yes you did in Long Laput only.
3. I can see your politic mile stone just for your self only not for the people. I can see your aim, when you win the election, you can use your politic influence to protect the land claimed to be yours. Don't forget Greed is killer.
4.Why did you and a team only brought your land to the justice. Why not all the Lg Laput Land!!!!! if you stand for the people!!!!!!!!!
5. Lead your family first before you think to lead the crowd.
6. You are old enough Uncle. We need the energetics, young, educated man now. Time for you to retire. Have a good life with your grandson.......


Think Again For The Sake Of The Telang Usan People.

Let's this as ONE TO ONE fight.

BN AGAINST PKR

NOW OR NEVER TO OUR PEOPLE.

Best Regards

OU2k

Monday, September 20, 2010

Janji Tetap Janji?

Setelah genap setahun, kaum Penan kembali menanti agar janji setahun yang lepas ditunaikan. Tahun lepas, mereka telah membuat tiga sekatan jalan balak di Simpang Empat, Long Belok dan Long Bangan bagi mengahalang aktiviti syarikat balak yang beroperasi di situ. Keadaan makin terketakan bagi YB Lihan apabila, mereka kembali menagih janji yang telah ditabur. Isu ini juga turut dilaporkan oleh Borneo Manser Fund baru-baru ini, mengatakan hak kaum Penan masih terabai.

Antara isu utama kaum penan adalah berkenaan dengan hak tanah NCR mereka. Perkara ini turut dirasai oleh semua kaum peribumi amnya, dan masyarakat Telang Usan khasya. Adakah janji untuk menyukat tanah NCR kali ini akan terus tinggal janji?. Sejak tahun lepas, rombongan YB datang dari kampung ke kampung, menyampaikan berita yang sama. Penduduk kampung diminta membuat lakaran peta tanah NCR mereka. Walaubagaimanapun, tujuan utama adalah agak kabur kerana penduduk belum mendapat apa-apa daripada pemetaan tersebut. Pada masa yang sama, pihak konsesi projek penanaman kelapa sawit dengan rakus mengambil peluang mendapatkan konsesi tanah kampung. Persolannya sekarang, tanah yang mana lagi untuk disukat sebagai NCR?. Adakah benar geran tanah akan diberikan seperti yang dijanji? Atau adakah ini sebagai sandiwara sebelum tibanya pilihanraya negeri?.

OU kini masih mempunyai peluang untuk menilai dan menyuarakan pendapat mereka agar hak mereka tidak terus terpinggir. Mungkinkah agak mudah menabur janji daripada melaksanakannya?. Agak terkilan juga bila OU bangkit menyuarakan ketidakpuasan hati ditafsirkan sebagai puak ‘penentang kerajaan’ atau golongan yang tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan ‘pembangunan’ seperti yang dicanangkan oleh orang politik. Kesedaran mengenai hak tanah NCR semakin menular dikalangan golongan muda. Ketiadaan ruang media atau saluran yang diberikan menyebabkan kritikan dilemparkan melalui email, blog ataupun media internet.

Berikut adalah petikan daripada ucapan YB Lihan pada Sabtu Lepas,

“Pada masa ini, kita sedang memberi taklimat dari kampung ke kampung di kawasan Telang Usan mengenai kerja menyukat dan mengukur tanah NCR sebelum ia dapat diberikan kepada pemilik secara sah (dengan geran tanah)”.-
YB Lihan, Utusan Borneo 20 September 2010.

Usaha menyukat tanah NCR telah bermula dari tahun lepas di sesetangah kampung di Telang Usan. Usaha ini disambut baik oleh OU ….kini mereka menanti MANA GERANYA?

Friday, September 17, 2010

Suara Orang Asap, Belaga


Sempena hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini,program Malaysia Day Sape Tour telah diadakan di Bangunan Annex, Central Market, Kuala Lumpur. Beberapa jemputan khas dari masyarakat orang asal dari Belaga dijemput untuk membuat persembahan tarian ngajat dan sape. Program ini juga mempamerkan gambar foto dan video mengenai isu-isu semasa yang menimpa penduduk Belaga, khasnya masyarakat yang terkena tempias projek hidroelektrik di bakun Bakun dan Murum.

"Kita juga ingin merasa manis gula seperti orang lain tetapi sebaliknya kita diberi Cili" kata Saran Juna dengan nada yang sedih ketika mengulas soalan wakil media.Beliau adalah salah seorang perwakilan yang dijempat di dalam program tersebut bersama 3 yang lain, Miku Loyang, Kilah Kiut,dan isteri kapada Miku.Antara lain, beliau meluahkan kesedihan dan masalah yang dialami oleh pendudduk Asap ekoran pengambilan tanah mereka bagi laluan projek bakun. "Kami dilayan seperti binatang di tanah sendiri" ulas beliau lagi.

Miku Loyang juga turut menerangkan kisah-kisah kehidupan mereka di Asap dan menyeru golongan belia sekarang agar berfikir dan membantu mereka pada pilihanraya akan datang. Ini adalah kerana beliau beranggapan bahawa kuasa politik lah menyebabkan hak mereka tergadai."Rumah penempatan semula untuk kami sekarang seolah macam reban ayam, rumah dua tingkat yang saya buat sendiri di tanah saya dulu jauh lebh cantik" ulas beliau. Beliau mendakwa sesetangah pampasan dari kebun koko, lada dan buah-buahan mereka belum dibayar sepenuhnya hingga ke hari ini disamping royalti juga turut tidak dibayar.Turut hadir memberi ceramah adalah peguam Abun Sui Anyit yang juga berasal dari daerah Belaga.

"Kekalahan tidak pernah mematahkan semangat saya untuk bertanding semula bagi kerusi SNAP"-Kebing Wan


Di kalangan OU, mungkin tidak terlalu asing dengan nama veteran politik seperti Kebing Wan. Bulan lepas beliau sekali lagi mengumumkan hasrat untuk mengintai kerusi di DUN N67, Telang Usan.

Beliau pernah memenangi kerusi DUN Telang Usan pada tahun 1996 dan kemudianya gagal mempertahankannya pada pilihanraya DUN Sarawak pada tahun 2001. Sekali lagi beliau kecundang pada pilihanraya negeri 2006 kepada Lihan Jok dengan mendapat 1,822 undi berbanding Lihan 4,593 undi.

Itulah ungkapan beliau apabila berhasrat untuk terus bertanding menerusi kerusi SNAP pada pilihanraya negeri yang akan datang.

Wednesday, September 15, 2010

Apa Kata Media Internet ?

Kritikan demi kritikan terus dilemparkan terhadap YB Telang Usan terutama berkenaan hal-hal tanah adat(NCR) dan juga kelemahan pengendalian hal-ehwal tanah yang menjadi sasaran syarikat konsesi kelapa sawit. Ini banyak dikaitkan dengan pengambilan tanah adat yang makin berleluasa yang diterajui syarikat gergasi seperti PKTS, Shin Yang, Samling, Rimbunan Hijau dan banyak lagi. Ditambah pula dengan isu-isu semasa yang melibatkan kaum Penan yang tuturt terlibat dengan masalah yang sama.

Di dalam laman blog dan internet pula,ramai suara-suara yang semakin lantang mengkritik kelemahan pentadbiran dan juga menagih janji dari mandat yang diberi. Kini penggal 5 tahun sudah hampir melabuh tirai. Sekumpulan pengkritik yang selesa dikenali sebagi 'Burak Sem dan rakan' terus melempar tomahan terhadap kepimpinan YB Lihan Jok (DUN Telang Usan)yang kini agak tertekan dengan sesetegah dakwaan yang agak pedas dan masam. Mungkin ini yang dimaksudkan disebalik nama samaran 'Burak Sem' atau tuak masam.?

Antara isu setempat yang menjadi perhatian anak muda sekarang adalah:

1) Berkaitan dengan Jalan pedalaman Miri-Ulu Baram. Isu ini sudah LAPOK dan tidak pernah selesai dan mendapat perhatian sepenuhnya. Kini, dikatakan mendapat peruntukan untuk dibaik pulih tetapi dengan kata dua, jalan hanya akan disiapkan selari dengan projek empangan Baram. OU kini diletakan dalam keadaan dilema sama ada tenggelamkan sebahagian tanah Ulu Baram untuk merealisasikan jalan Miri-Lapok.

2) Isu Tanah Adat-Tanah NCR kini menjadi isu utama yang mungkin melemahkan propaganda parti memerintah sekarang untuk terus meyakinkan OU. Pengambilan lesen konsesi (Provisional Leasing)oleh syarikat kelapa sawit memberi risiko besar terhadap kehilangan tanah untuk bertani. Disamping itu,jaminan oleh YB untuk menyukat dan mengesahkan tanah NCR ini belum lagi kesampaian hingga ke hari ini.

3)Balak...yang tak perlu diperjelaskan. "Dah nak habis daaaa"

4)Isu kaum Penan melibatkan tanah dan juga kes rogol yang pernah terpapar di dada akhbar baru-baru ini. Sekumpulan Penan tampil baru-baru ini mendakwa janji yang telah dibuat YB sebelum ini bagi menghentikan aktiviti mogok terhadap syarikat balak tidak ditunaikan dan bercadang akan terus menuntut hak mereka.

5)Pentadbiran dan polisi yang agak menekan OU. Sebagai contoh penglibatan secara langsung pihak tertentu dengan urusan pentadbiran kampung. Dakwaan Burak Sem terhadap pemecatan Ketua masyarakat tertentu adalah benar.Di Long Semiyang, Ulu Baram umpamnya, Ketua Kampung dinasihatkan untuk behenti oleh pihak tertentu. Kes yang sama juga menimpa Pemanca Long Bedian kerana kehadiran kuasa luar yang mendesak meletak jawatan. Dalam sesetengah kes, pihak tertentu campur tangan bagi mendesak ketua masyarakat menerima tawaran syarikat kelapa sawit.

Isu-isu menimpa OU nampaknya semakin menebal dan menjadi tugas berat bagi YB untuk terus menjelaskan hal-hal sebenar yang menimpa OU. Juga pada saat ini, keadaan agak tertekan kerana pilihanraya negeri semakin hampir.

Kepada YB, Good Luck

Wednesday, May 19, 2010

Wang Tak Boleh Beli Maruah

Gelombang tsunami kecil yang melanda semenanjung nampaknya menular ke Sarawak. Di Ulu Selangor, kemenangan BN adalah memang dijangkakan tetapi bukan dengan laluan yang mudah. Dalam kerancakan kempen, ada yang menabur janji dan juga jaminan wang ringgit bagi membangunkan kawasan Ulu Selangor.

Di Sibu pilihanraya di Sibu baru-baru ini memberi satu kejutan yang amat besar apabila PR berjaya menumpaskan BN meskipun 'orang-orang besar' BN banyak turun padang termasuk PM sendiri. Pelbagai buah tangan yang dibawa termasuk meluluskan geran sebanyak 1.7 Juta kepada 4 gereja Methodist;

En Tao Methodist Church - RM500,000
Tien Tao Methodist Church - RM500,000
Sing Ang Tong Methodist Church - RM400,000
Hwai Ang Tong Methodist Church - RM350,000

Juga dengan kata-kata yang berbaur rahsuah bagi memenangi hati rakyat Sibu. Seperti biasa orang tempatan kata "Lu tolong saya, saya tolong lu". Ketua menteri juga turut menjanjikan RM600 tiap pintu sekiranya BN menang.

Setelah diumumkan keputusan pilihanraya di Sibu, walaupun dengan majoriti tipis, PR telah memberi satu kejutan yang yang amat besar. Ketua Menteri P.Pinang yang berada di Sibu menganggap ianya satu 'keajaiban'. Walaubagaimanapun bertitik tolak daripada dua pilihanraya ini, rakyat Malaysia mula membuka mata bahawa parti memerintah BN agak tertekan dan makin hilang kepercayaan. Di Sarawak, banyak yang beranggapan bahawa keputusan di Sibu baru-baru ini menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan PR bagi menghadapi pilihanraya negeri yang akan datang selewat-lewatnya awal tahun depan.

Kedua-dua pilihanraya Ulu Selangor dan Sibu memberi petunjuk kepada peralihan kepada pengundi Cina. Di Sarawak, pemikiran golongan Dayak agak terbatas kerana terlalu banyak disajikan dengan ceramah dan janji-janji BN. Malah peranan media arus perdana memainkan peranan yang amat penting bagi menyalurkan maklumat penting kepada penduduk luar bandar yang jauh terpinggir. Golongan ini hanya dapat dihubungkan denga saluran perdana radio RTM yang dikawal oleh kerajaan. Tetapi yang mengundi adalah golongan tua kita yang duduk di kampung yang kurang diberi tumpuan.

Bagi rakyat Sarawak, keputusan di tangan kita dan bukanya dikaburi dengan nilai wang ringgit bagi memperjudikan nasib rakyat. Bagi institusi keagamaan seperti gereja dan sidang, 'pertolongan' ketika saat pilihanraya ini anggak janggal dan ada hikmahnya. Adalah baik jika sumbangan dan pertolongan itu datangya dari hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Jangan digadaikan kepercayaan kepada Tuhan kerana godaan iblis dengan wang ringgit. Biarlah rakyat membuat pilihan dengan cara terbuka kerana kita makin matang menilai yang mana emas, yang mana tembaga.

Sketsa

Sketsa

Followers

Ways Forward

Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM

27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching


KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.

Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.

Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:

1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;

2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;

3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);

4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;

5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;

6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;

7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.

Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:

1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;

2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;

3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;

4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;

5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;

6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;

7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;

8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;

9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;

10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;

11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.

12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.

Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:

Nama/Persatuan:

1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian

3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)

5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)

6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu

7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian

8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan

9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian

10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

11. Masa Ak Nangkai
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

12. Jacob Ak Imang
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

13. Anthony Belon
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

14. TR. Engkana Ak Talap
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

15. Maurice Ak Aben
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai

17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)

18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong

19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman

20. Walter Chambers Najod

21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah

22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau

23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau




Hakikat NCR

Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.

Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.


Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Bantahan Terhadap Pembalakan

Bantahan Terhadap Pembalakan

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Dispute over Native's Land

Dispute over Native's Land