Search This Blog
Saturday, October 23, 2010
Suara Anak Telang Usan
Suara anak Telang Usan semakin lantang mempertikaikan kaedah pengambilan tanah adat mereka yang turut didalangi agensi kerajaan dan juga wakil rakyat yang dipilih. "Saya tidak akan berundur selagi hak tanah dikembalikan kepada rakyat.Biar kes tanah ini sampai ke Mahkamah dan kerajaan harus dipertanggungjawabkan", ulas Charles Gau yang salah seorang penduduk kampung Long Banyok yang lantang berjuang mempertahankan pengambilan hak tanah adat mereka. Pada masa yang sama, kempen mendesak agar projek empangan Baram juga dipergiatkan. Jentera Jawatankuasa Protem Bertindak Rakyat Baram ( JTRB) yang dipengerusikan oleh Philip Jau, baru-baru ini telah berjaya mengumbul 3000 tandatangan penduduk Baram bagi membantah Projek Empangan.
Ramai anak-anak muda terutama yang duduk di bandar telah sedar bahawa hak NCR mereka semakin terhakis. Selama ini, semua rundingan dan perbincangan dengan pihak pemaju hanya diwakili oleh orang tua mereka di kampung. Ini amat merumitkan keadaan apabila terma di dalam perjanjian konsesi tanah nyata tidak menyebelahi orang kampung. Malah pengambilan tanah tidak langsung dibayar.Ada khabar bahawa kampung yang terlibat seperti Long Ekang juga turut membantah, dan mula mengorak langkah mencari jalan penyelesaian. Pemberian konsesi kepada syarikat kroni seperti Rimbunan Hijau dan PKTS di kebanyakan kawasan Baram Hilir,sekiranya terlaksana akan menyebabkan kehabisan tanah terutama bagi penduduk kampung yang banyak bergantung dengan hasil hutan dan bercucuk tanam. Di sebelah Ulu Baram pula syarikat gergasi seperti Samling dan Shin Yang juga mendominasi pengambilan tanah NCR.
Satu cara penyelesaian kepada isu ini adalah dengan hanya membawa kes ini ke Mahkamah. Perkara utama yang dipersoalkan adalah, kenapa Provisional Leasing (PL) sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh agensi kerajaan kepada syarikat-syarikat ini, tanpa persetujuan orang kampung?.Kenapa kerajaan negeri hingga kini tidak mengambil langkah drastik menggazetkan semua tanah NCR termasuk mengiktiraf tanah 'Pemakai Menua' orang asal?. Ini adalah punca kepada pencerobohan tanah NCR kerana polisi dan kaedah seperti 'Konsep Baru' yang diperkenalkan oleh kerajaan GAGAL memajukan masyarakat luar bandar. Bukan sahaja tidak menjanjilan pulangan malah ditindas dengan sewenang-wenangnya.
Kesederan terhadap kehilangan tanah adat ini tidak belum sampai lagi ke kemuncak. Mungkin ramai lagi yang tidak mahu ambil tahu, ataupun belum merasa nasibahnya lagi. Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah.Bagi orang tua di kampung, mereka bukanlah tak sedar, tak peka, tak sayang tanah tetapi mereka hari-hari disajikan dengan janji manis oleh agensi-agensi kerajaan, wakil syarikat malah dari individu yang berkepentingan.40 % pulangan bermodalkan tanah sahaja, siapa tak mahu? Pulangan yang lebih kali 5 kali ganda dari dividen Amanah Saham. Hakikatnya RM300/hektar adalah jumlah bayaran konsesi untuk 99 tahun DAN BOLEH DIPERBAHARUI.Ada juga syarikat seperti Baram Trading suatu ketika dahulu menawarkan RM150/Hektar.Akibat-akibat seperti ini tidak pernah diperjelaskan oleh wakil rakyat. Bagi mendapat kredit bagi pilihan raya negeri akan datang, YB Lihan Jok menyarankan OU Telang Usan menyukat tanah bagi mengesahkan tanah NCR mereka. Persoalannya, tanah NCR mana yang hendak disukat???.Ini semua helah politik yang membelakangi hak rakyatnya sendiri.
Apa yang mengembirakan sekarang, ramai anak-anak muda mula sedar akan peri pentingnya memelihara tanah adat dan sedar akan hak mereka beransur-ansur akan lenyap. Di dalam laman FB, email dan juga laman Web, suara orang-orang telang usan semakin kedengaran. Nescaya, perjuangan ini tidak akan berakhir sehingga hak orang asal dikembalikan sepenuhya.
Wednesday, October 20, 2010
Masa Depan Tanah Adat (NCR)
Sekian lama OU mempertahankan hak tanah NCR daripada dicerobohi dan melindungi hasil buminya, kini sudah hampir kepada kehingan sepenuhnya hak itu. Dulu bercerita berkenaan kem balak tetapi ia tidaklah seperit yang disangka kerana ada segelintir penduduk yang bergantung hidup dengan gaji dari syarikat balak.
Kini semua sudah habis, tanah pula menjadi sasaran dan NCR menjadi buah mulut bagi semua penduduk asal Sarawak dan Telang Usan khasnya. NCR adalah aset terakhir bagi OU bagi menyambung nyawa dengan hasil buminya, sungai dan sumber hutan. Semua ini bakal diganti dengan kelapa sawit yang diusahakan oleh syarikat swasta. Tidak cukup dengan itu hulu Baram akan ditenggalamkan bagi menyahut program SCORE yang dilaungkan oleh kerajaan.
Kini, pihak-pihak tertentu sudah cuba memujuk dan 'memperjelaskan' pulangan daripada projek-projek kepada OU. Pulangan kepada hak tanah adat dan harga diri, OU dapat menikmati jalan Miri-Lapok, projek-projek mini luar bandar, geran ini dan geran itu.Semuanya tergadai dengan semudah dan semurah itu. Kita percaya bahawa bukan semua OU tertipu dengan cara sebegini, cuma segelintir sahaja terutama orang-orang yang berkepentingan. YB Lihan juga tidak duduk senang bagi merealisasikan hasrat ini. Ke hulu, ke hilir menyampaikan khabar baik tentang empangan Baram, Projek kelapa sawit, dan juga berjaya memujuk Penan membuka halangan bagi membenarkan pencuri masuk ke tempat mereka untuk terus merompak kayu balak.
Hari demi hari, banyak isu-isu telah terbongkar dan sukar diselindungkan lagi. Tapi ada dikalangan mereka yang terlibat cuba menyebunyikan diri agar tidak dipersalahkan. Contohnya, berkenaan dengan isu tanah NCR Long Banyok, hampir semua tanah di dalam kawasan kampung telah diletakan di dalam kawasan konsesi projek kelapa sawit oleh syarikat PKTS dan Rimbunan Hijau. Cadangan projek kelapa sawit oleh syarikat ini telah dicanangkan oleh agen-agen mereka termasuk YB, Pegawai Kerajaan (SAO), Ketua Masyarakat dan pihak-pihak bekepentingan. Sekarang, SAO (Marudi) Jeffery Jalong, misalnya telah berpaling tadah dan mengatakan bahawa beliau berjuang hak tanah NCR kampung beliau, Long Banyok. Tetapi sebelum ini mendesak ketua masyarakat dan penduduk kampung untuk supaya tidak membantah pelawaan syarikat-syarikat tersebut. Perosalanya kini, siapa harus dipersalahkan?. Jika benar menjadi pejuang tanah NCR, dengan siapa beliau akan berjuang? Adakah anjing akan menyalak tuannya sendiri.?
Inilah dasar dan sifat yang amat mengelirukan dan tidak profesional. Oleh itu, OU harus berhati-hati bila membuat keputusan terutama bila ada campur tangan pihak-pihak tertentu seperti yang diperkatakan tadi. Ia umpama api dalam sekam dan menunggu masa untuk membara. Bila sudah berlaku, OU sendiri dipersalahkan. Bersedialah dari sekarang kerana masanya akan tiba kerana 'mereka' kini sedang memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri sebelum bertindak semula.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
►
2009
(50)
- ► 03/22 - 03/29 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/19 - 04/26 (1)
- ► 04/26 - 05/03 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (3)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (3)
- ► 08/30 - 09/06 (4)
- ► 09/06 - 09/13 (6)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/20 - 09/27 (5)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 11/01 - 11/08 (1)
-
▼
2010
(10)
- ► 05/16 - 05/23 (1)
- ► 09/12 - 09/19 (3)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 09/26 - 10/03 (1)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (1)
-
►
2011
(33)
- ► 01/09 - 01/16 (3)
- ► 01/30 - 02/06 (1)
- ► 02/06 - 02/13 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (4)
- ► 02/20 - 02/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (3)
- ► 03/27 - 04/03 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (4)
- ► 04/10 - 04/17 (2)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 05/01 - 05/08 (1)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 11/20 - 11/27 (1)
Sketsa
Followers
Ways Forward
Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM
27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching
KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.
Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.
Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:
1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;
2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;
3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);
4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;
5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;
6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;
7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.
Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:
1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;
2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;
3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;
4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;
5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;
6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;
7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;
8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;
9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;
10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;
11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.
12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.
Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:
Nama/Persatuan:
1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian
3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)
5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu
7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian
8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan
9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian
10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
11. Masa Ak Nangkai

12. Jacob Ak Imang

13. Anthony Belon

14. TR. Engkana Ak Talap

15. Maurice Ak Aben

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai
17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)
18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong
19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman
20. Walter Chambers Najod
21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah
22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau
23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau

Hakikat NCR
Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.
Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.