Search This Blog

Friday, March 25, 2011

SNAP Pembelot ?

Below is one of the comment posted in the Sarawak Report (SR) with regard to SNAP’s Deal with BN – The Damning Evidence! allegation.

Let me said this LOUD and CLEAR. If not for Sarawak Report the destruction of Ulu Sebangan NCR lands by Quality Concrete Holdings, partly own by Taib’s relatives, would have not been exposed. 100% of this story is true. Clare Rewcastle came to Ulu Sebangan to cover the story herself. She did this because she cares and you people can only speculated and complained from you computer keyboard!!!

What have you all done to help the Ibans lately?

The rest of SNAP people keep quiet while my brother Numpang Suntai and 5 Tuai Rumah were jailed. Neither Edwin Dundang nor Stanley Jugol ever said a word about my brother’s fight to protect our NCR land in Ulu Sebangan. They NEVER show any kind of support in WORD or DEED.

Daniel Tajem was my father’s friend and he too was quiet while the Sebuyau and Sebangan Ibans were fighting against Taib’s cronies and relatives.

When my brother was charged with “criminal intimidation” none of SNAP leaders ever show any kind of support or say anything. It was PKR folks, Baru Bian, See Chee How and Desmond Kho who took this case for my relatives in Sebangan and have been fighting along side us ever since. There was only ONE lone Iban lawyer, Henry Joseph who came all the way to see my father in Sebangan and offer support.

Yesterday I called my father who happened to remember the Sarawak Report’s reporter in this story. I told him to spread the word that a vote for SNAP is a vote for BN/UMNO.

So far SNAP is not contesting in Sebuyau N22 and if they do, I we will tell them to go to hell for betraying us.

Come election time, politicians crawl out like maggots from all over the place and want to get elected to “serve” the people but none of them ever really served the people. BN/UMNO is slowly taking Sarawakians’ rights and none of them every fought to change the bullying laws in the Dewan. All keep quiet and did nothing! Then they all became rich overnight. None of the SNAP folks every helped us while we were fighting to protect our NCR properties in Ulu Sebangan and only election they will show up! Maggots!

Thursday, March 24, 2011

Isu Hangat Di DUN Telang Usan

Di pihak BN, bakal pengganti kepada YB Lihan telah dihebahkan di media tempatan dan juga di internet dan besar kemungkinan diganti oleh Cr Dennis Ngau . Di satu pihak pula, En Kebing Wan (dari SNAP) telah memberi kenyataan awal bahawa beliau akan bertanding di DUN Telang Usan. Seperkara lagi, Setiausaha Agung SNAP, Stanly Jugol menggesa bahawa bahawa SNAP akan menggalas cabaran di kawasan majoriti kaum Dayak. Perkara ini mungkin menyuntik semangat bagi veteran politik En Kebing Wan (dai SNAP) untuk kembali lagi bertanding. Walaubagaimanapun, faktor usia dan latar belakang politik mungkin menjejaskan sedikit populariti beliau di daerah Baram. Komen secara rawak yang sering dilemparka di media internet teryata tidak menyebelahi beliau atas faktor yang dinyatakan terutamanya anak muda sekarang yang inginkan pembaharuan dan juga inginkan pemimpin berdarah muda dan mempunyai inspirasi tinggi bagi membawa perubahan. Mungkin nama veteran politik seperti Kebing Wan tidak mendapat daya penarik kepada pengundi kaum muda kerana seolah-olah tidak selari dengan perjuangan reformasi politik dan juga ekonomi. Mungkin perkembangan di daerah Baram memberi sedikti kredit kepada parti pembangkang yang bertanding terutama pada masa kehangatan isu tanah NCR, Empangan Baram dan kemunduran kemudahan infrastruktur. Walaubagaimanapun rakyat mungkin tidak mempunyai pilihan selain memangkah dacing sekiranya calon di satu pihak lagi tidak diperkenankan. Keadaan ini juga akan bertambah parah sekiranya pertindihan kerusi yang ingin direbut oleh parti-parti pembangkan tidak diselesaikan dengan segera. Ada juga yang mengatakan bahawa DAP dan PKR mungkin akan mengintai peluang.
Sekiranya pihak pembangkang mempunyai calon yang disegani dan ada persefahaman, saya percaya BN dapat ditumbangkan dengan mudah di DUN Telang Usan. Maksud saya di sini, adalah tepat pada masanya apabila isu berikut diperdebatkan:

1. Isu empangan Baram di Hulu Baram, sudah cukup mengalih sokongan sesuku daripada Orang Ulu di sebelah ulu Baram yang akan terjejas dengan empangan Baram. Ini mungkin melibatkan kampung dari Long Laput hingga ke hulu Baram. Rasionalnya, adakah OU yang terjejas dengan empangan Baram akan memangkah BN sekiranya mereka sedar tindakan ini akan merelakan projek empangan ini diteruskan dan menenggelamkan kampung halaman dan isi bumi di hulu Baram?

2. 1/2 daripada penduduk Orang Ulu yang terjejas dengan kemudahan jalan raya yang tidak baik ekoran projek gajah putih BN iaitu jalan LAPOK. Kegagalan projek ini dari dahulu lagi menjejaskan kredibiliti BN walaupun ada usaha untuk memberi peruntukan kepada projek ini baru-baru ini. Namun ianya sudah agak terlambat kerana usaha ini akan dilihat sebagai memancing undi kerana pilihanraya negeri sudah tiba.

3. Ini ditambah isu yang sangat hangat sekali adalah NCR. Di daeah Baram Tengah termasuk Tutoh Apoh, pencerobohan tanah NCR telah dimulakan oleh syarikat kroni BN dan menjejaskan 1/3 daripada kawasan di daerah ini. Sekiranya peta di Ulu Baram ini teliti dengan betul, kawasan tanah adat telah pun habis diambil di bawah Provisional Leasing (PL) syarikat kelapa sawit dan syarikat balak.

4. Tempias isu penahanan Bible Bahasa Malaysia juga mendapat perhatian kerana 99% penduduk OU adalah beragama kristian. Walaupun isu ini bersifat nasional, tetapi kesanya adalah tertumpu kepada penganut agama kristian sahaja. Masalah ini adalah masalah bermotifkan politik dan polisi kerajaan BN di peringkat pusat.

5. Penggal lima tahun 5 tahun YB Lihan tidak menampakan hasil dimana taraf kehidupan penduduk OU masih ditapuk lama. Pembinaan sekolah, asrama, klinik dan jalan raya jauh daripada tahap yang memuaskan. Perpindahan penduduk OU ke Bandar amat merunsingkan ekoran kurang peluang menjana pendapatan. Kini projek penanaman kelapa sawit telah mengambil alih yang kononya akan menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk setempat. Jangan lupa, projek kelapa sawit di Long Temala sekarang dipenuhi dengan perkerja indonesia bergaji murah. Adalkah OU mendapat tempat sekiranya semua kawasan di Baram ditanam dengan kelapa sawit di bawah konsep baru yang dilaung-laungkan?

6. Kegagalan usaha membawa pembaharuan oleh YB Lihan sendiri turut menjejaskan populariti BN di kalangan sesetangah penduduk kampug di Baram. Kelemahan ini mungkin diakui oleh BN sendiri apabila beliau kali ini dinasihatkan untuk berundur dari kerusi DUN Telang Usan dan cuba menapilkan muka baru. Kredibiliti beliau sebagai DUN Telang Usan dipersoalkan sejak awal lagi apabila beliau dituduh mempunyai kepentingan peribadi di kawasan Baram. Selain itu juga, ada penduduk yang tidak senang dengan tindakan beliau campur tangan dalam hal-ehwal perlantikan ketua masyarakat. Kegagalan menanggani masalah OU berkenaan dengan tanah NCR dan juga masyarakat Penan dengan tuntutan hak mereka masih dipersoalkan. Semua perkara ini adalah dilihat sebagai kelemahan cara pentadbiran beliau sendiri.

Enam isu di atas cukup sukar untuk disangkal oleh BN melainkan penafian yang mudah difahami oleh penduduk kampung yang telah dikunci minda mereka oleh jentera dan media BN. Isu-isu ini tidak akan diambil mudah lagi bagi memacu pembangunan socio-ekonomi di daerah Baram. Tidak kisah parti mana yang memerintah, sekiranya hak dan kepentingan OU tidak diambil kira, saya percaya OU akan terus kekal di tapuk lama dan lena dalam arus pembangunan negara. Bagi parti pembangkang pula, saat dan masanya amat tepat untuk bertindak dan menyedarkan penduduk OU yang kini di dalam dilema. Mungkin dari sudut lain, mereka ditawan oleh ideologi BN yang mencanangkan perubahan di Telang Usan dengan berbagai resepi serta sumbangan. Walaubagaimanapun, OU seharusnya sedar dan berfikiran terbuka bagi mencapai matlamat bersama dan mengetepikan janji manis politik yang akhirnya merugikan OU sendiri pad masa depan.
Hari pengundian bemula pada 16 April dan tiba masanya untuk menentukan masa depan bersama dengan memangkah calon dan parti yang benar-benar membawa perubahan dan suara dari Telang Usan agi kemajuan bersama...SELAMAT MENGUNDI.

Tuesday, March 22, 2011

Lihan Terpaksa Berundur

Seperti yang diutarakan oleh Perdana Menteri semasa lawatan ke Sarawak baru-baru ini, beliau sekali lagi menegaskan bahawa calon pada pilihanraya kali ini mementingkan aspek 'winable candidate'. Mungkin ini menyebabkan ramai calon veteran yang risau dengan periuk nasi mereka akan terjejas. Malah kritikan bertalu-talu di laman internet juga memberi kesan. Sejak dua tahun lalu, kritikan pedas dan terbuka telah dilemparkan ke atas YB Lihan Jok sehingga ramai yang mendesak beliau berundur hingga ke saat akhir apabila tempoh lima tahun beliau akan berakhir.

Spekulasi bahawa beliau akan berundur menjadi terjawab apabila Taib mengumumkan bahawa Lihan tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi DUN Telang Usan kali ini. Walaubagaimanapun, setakat ini bakal pengganti beliau belum diumumkan lagi. Namun ada yang mendakwa bahawa salah satu daripada individu berikut mungkin dipertimbangkan oleh Taib untuk DUN Telang Usan, En.Ose Murang,Robert Laing ataupun Dennis Ngau.

Kepada YB Lihan Jok, selamat berjasa kepada penduduk Telang Usan dan kini tiba masanya untuk mencuba darah baru dan mungkin ideologi baru bagi memertabatkan suku orang ulu di Baram.

Sketsa

Sketsa

Followers

Ways Forward

Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM

27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching


KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.

Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.

Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:

1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;

2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;

3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);

4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;

5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;

6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;

7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.

Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:

1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;

2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;

3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;

4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;

5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;

6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;

7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;

8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;

9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;

10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;

11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.

12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.

Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:

Nama/Persatuan:

1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian

3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)

5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)

6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu

7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian

8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan

9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian

10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

11. Masa Ak Nangkai
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

12. Jacob Ak Imang
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

13. Anthony Belon
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

14. TR. Engkana Ak Talap
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

15. Maurice Ak Aben
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai

17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)

18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong

19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman

20. Walter Chambers Najod

21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah

22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau

23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau




Hakikat NCR

Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.

Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.


Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Bantahan Terhadap Pembalakan

Bantahan Terhadap Pembalakan

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Dispute over Native's Land

Dispute over Native's Land