Search This Blog

Saturday, February 19, 2011

TPM Ke Long Panai


KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan Tutoh Apoh, sebuah sekolah luar bandar di Long Panai, Baram yang sekolah paling kerap dilanda banjir di Malaysia akan menjadi tumpuan istimewa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan dua hari beliau ke Sarawak, mulai Khamis depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, akan menghadiri taklimat dan tinjauan ke sekolah berkenaan yang mendapat peruntukan dari kerajaan persekutuan sebanyak RM50 juta bagi membina semula bangunan baru sekolah itu selepas mengambil kira keadaannya yang semakin daif dan terjejas oleh banjir.

Menurut satu kenyataan daripada pejabat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin dijadual menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Uma Beluvuh, Long Panai, yang mempunyai majoriti kaum Orang Ulu.Sebelum itu, Muhyiddin akan menaiki helikopter ke Ulu Lubai, Limbang bagi menghadiri majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort Dua di SK Ulu Lubai sebelum melakukan tinjauan mesra ke Rumah Panjang Tugang, Ulu Lubai.

Sebelah petang, beliau akan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di dewan masyarakat Batu Niah di Miri dan seterusnya berangkat ke Kuching untuk majlis pemimpin bersama rakyat bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei di Hotel Hilton.

Pada Jumaat, Muhyiddin akan melawat Pusa di Betong untuk membuat tinjauan mesra dan sesi bersama rakyat di Pekan Pusa serta ke industri kecil gula apong dan kuih sepit di Kampung Pusa.

Beliau kemudiannya akan melawat Kampung Manggut, Spaoh di Betong untuk menghadiri perasmian Jalan Tuie/Supa/Manggut sebelum melawat Debak, juga di bahagian Betong.
Di Debak, Muhyiddin dijadual menunaikan solat Jumaat di masjid Darul Solihin dan seterusnya menghadiri majlis jamuan makan bersama rakyat di sana.

Muhyiddin akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat khas pada sebelah petang. – BERNAMA

Thursday, February 17, 2011

Suara Dari Telang Usan

Apa kata kita berkongsi sedikit pandangan daripada salah satu pengunjung STU yang memberi maklumbalas berhubung isu NCR. Beliau mendakwa dirinya bekerja dengan Land and Survey dan ada beberapa perkara yang beliau dakwa berlaku di dalam proses pengambilan tanah NCR serta beberapa masalah yang telah dan bakal dihadapi oleh OU dalam melindungi hak tanah mereka....




Hi all,I am a Land Surveyor and has been directly involved in negotiating and doing physical survey works for NCR status lands for Sarawak politicians and PL lands for local oil palm companies in northern region of Sarawak.What i would like to share here is that it is very obvious the CM is not willing to give back what belongs to other people.For all genuine NCR landowners who have been residing at their NCR lands until this very day since independence and wish to convert their land status to Agriculture title land,my advice is please get or arrange to prepare all the documents needed like L&S T735 topo map which clearly shows NCR lands,letters endorsed by respective penghulu or temenggong and latest boundary survey plan done by either licence L&S or free lance surveyor that can give endorsement plan (Please sacrifice a bit of money for your own future).This types of survey works not neccesarily have to be done using totalstation which is expensive in the survey fees but a handheld GPS is good enough already and cheap.The most important data is the acreage and the coordinates of the boundary points of the said land.With all these documents ready,now comes the hardest parts which is to find a way to get to Awang Tengah either through front door (Lihan Jok) or any back door way as he is the ONLY ONE that have the authority to convert native land.I know this because i am the one preparing all the documents and was personally told by my clients whom mostly are state political secretaries.Please do not go looking for L&S divisional superitendent as he is completely powerless to help.The last case of native NCR land problem that i was around to witness was during the meeting as an observer at Long Lama.It is the Sabah-Bintulu gas pipeline project and at that particular time,all of the attendees mostly from Lg Puak,Uma Akeh and Lg Banyok were not happy because their land is not recognise by the government.Well,I wish all the best.

Tuesday, February 15, 2011

DUN Sarawak Mungkin Dibubarkan Minggu Ini

The Malaysia Insider melaporkan ada sumber dari Astana Sarawak menyatakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berjumpa dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada Jumaat ini bagi meminta perkenan membubarkan DUN Sarawak.

Buat masa ini BN Sarawak memegang 63 kerusi daripada 71-kerusi keseluruhanya, dengan 35 dipengang oleh PBB, 12 oleh Sarawak United People’s Party (SUPP), masing-masing 8 oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).
Daripada 8 kerusi selebihnya, DAP memegang 6, PKR satu, dan Bebas satu.
Kemudahan kesihatan di Ulu Baram masih di tahap yang amat tidak memuaskan. Kedudukan kampung-kampung yang jauh dari pekan dan pusat bandar amat menyukarkan keadaan terutama dalam keadaan kecemasan. Di bahagian Baram Tengah, hospital Marudi adalah satu-satunya hospital dan juga klinik kesihatan di Long Lama bagi menampung semua keperluan di daerah ini. Kerajaan pernah mencadang membuka satu klinik kesihatan di Long Lama yang terletak di seberang bazar Long Lama. Apakah perancangan ini selari dengan apa yang dicadangkankan oleh YB Telang Usan, En Lihan Jok untuk memindahkan bazar Long Lama ke seberang lokasi bazar ini sekarang? Tender berikut pernah dikeluarkan, dan masyarakat masih menunggu agar kemudahan kesihatan dapat memenuhi keperitan mereka:

(2) Tender No. -2008

Construction and Completion of the Proposed
1 Block of Klinik Kesihatan, 2 Blocks of Class 'F'
Flat and 1 Block of Class 'C' Quarters on Lot 511,
Blk 10, Telang Usan L.D., Long Lama, Miri Division

PKK Head: Class: B
CLOSING DATE : Close at:
DOCUMENT DEPOSIT : RM DOCUMENT FEE : RM "

Apa pun perancang bagi membendung keperluan kesihatan masih lagi di tahap yang tidak memuaskan. Klinik Kesihatan Long lama, satu-satunya masih beroperasi dengan seorang doktor.Walaubagaimanapun masyarakat OU masih memerlukan kemudahan kesihatan yang baik dan merupakan keperluan yang terpenting selain daripada membaik pulih sistem pendidikan OU.

Ini adalah gambar klinik kesihatang Long Lama yang masih ada hingga sekarang.

Sketsa

Sketsa

Followers

Ways Forward

Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM

27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching


KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.

Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.

Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:

1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;

2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;

3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);

4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;

5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;

6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;

7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.

Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:

1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;

2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;

3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;

4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;

5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;

6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;

7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;

8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;

9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;

10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;

11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.

12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.

Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:

Nama/Persatuan:

1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian

3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)

5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)

6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu

7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian

8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan

9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian

10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

11. Masa Ak Nangkai
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

12. Jacob Ak Imang
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

13. Anthony Belon
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

14. TR. Engkana Ak Talap
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

15. Maurice Ak Aben
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai

17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)

18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong

19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman

20. Walter Chambers Najod

21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah

22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau

23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau




Hakikat NCR

Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.

Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.


Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Peta kawasan tanah NCR di kawasan Baram yang habis digondol..!

Bantahan Terhadap Pembalakan

Bantahan Terhadap Pembalakan

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Blockage by Penan at Ulu Selaan against the logging company

Dispute over Native's Land

Dispute over Native's Land