

Masalah tanah NCR. Baru –baru ini diumumkan perimeter survey akan dibuat di seluruh kawasan di Baram. Adakah tindakan ini telus, sekiranya banyak kawasan di ulu Baram telah diberi konsesi kepada syarikat kroni terutamanya yang syarikat perladangan kelapa sawit dan juga balak. Malah ada banyak lagi tanah diantara persempadanan kampong yang dikatakan ‘State Land’ terutama tanah yang dikenali sebagai ‘Tu’an’ or ‘ Pemakai Menua’ oleh penduduk tempatan. Jadi tanah mana yang akan disukat? Adakah perimeter survey akan mengukur keliling kawasan kampong dan dusun-dusun buah-buahan sahaja sebagai NCR? Dan selebihnya…State Land..?

Cadangan Empangan Baram-projek yang akan dibuat selepas Bakun dan Murum. Projek ini mendapat bantahan awal daripada kebanyakan masyarakat ulu Baram dan juga beberapa badan NGO . Di dalam kerancakan memperkenalkan projek ini, beliau telah melahirkan kenyataan yang cukup kontroversi ..”Dam is God Gift”.

Jalan LAPOK. Sinonim dengan nama jalan ini, isu ini memangpun telah lapok dan tidak pernah mendapat jalan penyelesaian hingga sekarang.YB telang Usan mungkin telah lali dengan kritikan setelah 3 penggal memeggang mandat di DUN Telang Usan. Dan seperti biasa, cerita tentang jalan Lapok ini akan menjadi hangat apabila pilihanraya semakin hampir.

Kemudahan asas air dan elektrik. Cuma ada sedikit kelegaan apabila ada peruntukan tangki air telah diagihkan di Telang Usan. Walaubagaimanapun, jika melihat dari sudat pandangan jauh, sampai bila OU hidup dengan air tadahan air hujan terus ke dalam tangki?. Apakah kualiti air yang tidak dirawat ini selamat?. Ketiadaan sumber elektrik mendorong penduduk Telang Usan banyak bergantung kepada enjin gererator. Apakah kita terfikir bagaimana bebannya di masa harga minyak kian naik?.
Merubah perlantikan ketua-ketua masyarakat. Menegaskan semua ketua masyarakat berkerja selari dengan hasrat kerajaan. “Ketua masyarakat tidak seharusnya menggigit tangan orang yang member mandat kepada beliau”, YB Lihan. Ini jelas terbukti bahawa beberapa ketua masyarakat telah menerima musibah seperti di Long Semiyang, Long Bedian dan juga perlantikan ketua masyarakat yang berunsur ‘favoritism’ dan bukanya sokongan penduduk kampong.
Kes rogol masyarakat Penan-Mula dihebahkan melalui media oleh Borneo Manser Fund (BMF) pada 15 Sept 2008. Adakah kes ini telah diselesaikan?
MOGOK oleh masyarakat Penans dari Long Nen, Long Belok, Long Sayan, Long Kevok, Long Bayan, Ba Marong dari Sungai Layun, Tutoh. Tindakan ini susulan janji yang dikatakan masih tidak ditunai termasuk pengetepian hak tanah, air, elektrik dan tadika untuk anak-anak mereka bersekolah.
Pembiayaan biasiswa bagi menggalakan masyarakat Penan melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan bagi meninggalkan cara kehidupan tradisional mereka. Beberapa pelajar Penan dihantar ke Kuching Youth Development Center (KYDC)dan dibantu oleh Pemuda Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang diterajui oleh En.Dennis Ngau...yang ini Beres..!
Tukar terma Orang Ulu kepada Lun Dayah?.Hmmmmm...idea ini pernah menghangatkan ruangan kritikan di media internet.

Program E-Kasih. E-Kasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Mereka yang layak mendaftar dalam program berkenaan adalah memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007.Ini bermaksud isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 bagi kawasan bandar...beres YB..!

Kedaya Telang Usan Agropolitan Project in Lio Mato, Baram. Program ini Dikatakan akan “Makmurkan Baram” dalam tempoh 3-5 tahun akan datang....Hmmm BERES..!!
Pembangunan kawasan perlancongan di Tenyok, Long Bedian...BERES..!. Bagaimana dengan kampung-kampung lain?. Adakah program seumpama ini juga turut diperkenalkan.?
Pembinaan Empangan Hidro mini di Ulu Baram- Di dalam suasana bantahan terhadap empangan Baram di bawah plan SCORE, projek empangan mini ini diperkenalkan di Ulu Baram bagi menampung keperluan setempat. Mengikut anggaran kasar, kawasan yang dicadangkan terletak di dalam liputan kawasan yang akan ditenggelami air sekiranya Empangan Baram mengambil tempat. Jadi, untuk apa ia diperkenalkan?. Sekiranya empangangan "God Gift" dibatalkan,saya percaya 100% OU menyokong pembinaan Hidro mini bagi menaggani keperluan elektrik di setiap kampung di Baram. Hmmmm...yang ini tak beres YB.
Jika PM turun ke padang melihat sendiri hasil 5 tahun di semua kampung di Telang Usan mungkin ini maklum balas beliau...
