
Kemelut berhubung isu tanah NCR yang tidak begitu disenangi oleh banyak pihak di Daerah Tuto Apoh and juga Baram Tengah belum lagi mendapat kata putus. Di Kampung Long Banyok dan Long Ikang Baram,pemetaan tanah dan konsesi (PL) untuk tujuan penanaman kelapa sawit telah dibuat. Imbuhan yang dijanjikan oleh PKTS adalah RM150/hektar mendapat reaksi bercampur-campur oleh penduduk kampung. Di Long Banyok umpamanya, perjanjian konsesi yang dikeluarkan oleh PKTS ternyata tidak menguntungkan penduduk dan risiko kehingan hak tanah pada masa akan datang.Penduduk Long Ikang juga mula membantah usaha tersebut selepas beberapa bantahan sebelum ini di Long Panai, Tuto Apoh. Sekarang, siapa yang beria-ia dengan projek ini?.
Seperti yang dilaporkan di media tempatan Borneo Post pada 10 Februari 2011, ketua masyarakat daerah Baram mengucapkan terima kasih kepada PKTS kerana membangunkan tanah NCR.Kehadiran Temenggong Pahang Deng dan Pemanca Joesph Ngau Lian di PKTS Gallery baru-baru seolah-oleh memberi lampu hijau kepada syarikat itu terus mengondol tanah NCR di Ulu Baram tanpa kerelaan semua pihak. Temenggong Pahang juga mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat PKTS melaksanakan tanggungjawab sosial dengan baik dan prihatin terhadap penduduk. Juga mempertahankan tindakan syarikat PKTS tidak mengambil tanah penduduk kampung, malah mengatakan bahawa PKTS serta pekerja syarikat tersebut sangat menghormati dan faham kehendak penduduk.Kehadiran dan kenyataan Temengong Pahang dan Pemanca Joseph disambut baik oleh Pengurus Korporat PKTS, Datuk Vincent G Chapman. Bagaimana pula dengan penduduk kampung di Daerah Baram keseluruhanya yang tanah mereka terlibat.? Adakah mereka sangat berpuas hati dan gembira dengan tidakan syarikat PKTS yang mempergunakan tanah NCR mereka dengan membelkangi hak dan masa depan mereka.
Ini merupaka tindakan memperdaya dan tidak telus oleh pihak berwajib di dalam mengedalikan tanah NCR OU yang terus diceroboh dan tidak menjanjikan pulangan pada masa akan datang.Tindakan seumpama ini harus difikirkan oleh semua OU agar hak mereka tidak tergadai oleh keputusan sesetnagah pihak terutamnya pihak yang mempunyai kepentingan di dalam projek seumpama ini.Jika T. Pahang dan Pemanca Joseph masih ingat dan faham hati rakyat, penduduk Lg Panai, Lg Ikang dan Lg Banyok telah membuat bantahan terhadap pencerobohan tanah ini. Tahun lepas satu petition telah dibuat dikalangan anak muda di Lg Banyok membantah keputusan dan tawaran PKTS tetapi tetapi masih dipertahankan oleh Penghulu Theodarus Lenjau Kulleh dengan alasan yang sama.Apa yang jelas kenyataan media oleh pihak tertentu tidaklah sebenarnya menggambarkan semua kehendak penduduk Baram. Sebenarnya, mereka inginkan HAK tanah NCR mereka dijaga, dihormati dan diakui oleh kerajaan dan tidak ditipu.
Kerei nih temenggong seng menjatuhkan YB Lihan..Iha uh tei akei sain lim2 ketua kampung ha' baram.Iha ngenep YB robert Laing ngalui YB Lihan.Jam kelo' avin nun?iha seng cover dari skandal na' na.Iha tek doh simpanan.Then doh sebenar na' atih harin robert laing.Robert seng saman iha.tp utk tutup mulut robert, iha seng meju robert.kerei nih, lim2 ketua kmpung n ketua masyarakat yg sokong YB lihan uh beralih arah.lim2 pejiek iha..Temenggung yg una' dih sgt sokong YB lihan, kerei nih pejiek iha..Smua anih sala na' avin iha tek skandal.Iha tek rasmikan persatuan daha Ja(Maran).Avin maybe iha rasa melalui persatuan anan deng mebet YB Lihan.Avin YB Lihan hanya org Panyin(biasa).TEMENGGONG TUA GATAL XSEDAR DIRI.
ReplyDelete