
ASAS TANAH KAYAN-KENYAH DIPERJADIKAN. ADET KAYAN KENYAH 1994, SEKSYEN 84(ADAT TANA KEHARAH KAYAN-KENYAH SARAWAK)-Temenggong Pahang Deng Anyi
Berikut adalah kategori yang diberikan kepada Tanah Temuda yang ditulis di dalam buku beliau:
Ba’e (temuda 1-5 tahun)
Sepiteng uk (temuda 6-10 tahun)
Keharah Kejot (temuda 11-30 tahun)
Keharah ayak (temuda 31-50
Bagi kategori Nyelung Tu’an (temuda 51-100 tahun), ia sering menjadi isu pada zaman sekarang kerana tanah ini diwujudkan lebih seratus tahun dahulu
Walaupun SLA mengiktiraf kewujudan tanah NCR , namun beban membuktikan tanah itu adalah tanah NCR adalah diletakan di bahu orang asal. Ini sering menjadi isu yang semakin meluas kerana sukar membuktikan bahawa tanah itu adalah tanah mereka lebih-lebih lagi yang dikategorikan sebagai ‘Nyelung Tu’an’ dan tanah yang dikenali ‘Pulau’ oleh masyarakat Iban.
Pemetaan yang dibuat antara tahun 1940 dan 1950 adalah tidak begitu tepat seperti yang didakwa oleh beliau. Pemetaan pada tahun 1945 dibuat pada zaman perang Jepun yang pada mulanya digunakan untuk mengenal pasti kedudukan penempatan penduduk asal Sarawak dan bagi mengelak serangan pihak British ketika itu. Walaubagaimanpun peta fotografi ini kemudianya digunakan untuk mengenal pasti tanah temuda kaum peribumi.
Isu ini semakin menjadi-jadi apabila syarikat pembalakan dan juga penanaman kelapa sawit datang untuk mengambil tanah ini dan menidakan hak kaum asal. Oleh kerana beban untuk membuktikan bahawa tanah itu tanah mereka ternyata sukar kerana tiada dokumen sokongan dan juga dan juga klasifikasi temuda yang diguna pakai adalah berdasarkan pemetaan yang dinyatakan di atas.
“Hakikatnya sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah berkali-kali dan bermati-matian memohon kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan”. Temenggong Pahang Deng Anyi
Hingga kini, masalah ini masih lagi tidak terjawab dan semakin menghimpit kaum peribumi yang melihat konsep pembangunan yang dibawa oleh pihak kerajaan tidak telus dan mengabaikan tuntutan orang mereka. Dari kaca mata pihak pemaju dan kerajaan, perjuangan hak penduduk asal ini sering disalah ertikan sebagai 'menentang pembangunan' atau 'menentang kerajaan'.
No comments:
Post a Comment
Please post your comment on the subject.