Menyedari hakikat bahawa pengundi luar bandar yang terdiri daripada penduduk tetap di kampung dan golongan tua, pihak BN benar yakin bahawa bahawa mereka adalah 'fix deposit' dan penentu kepada kemenangan mereka di kawasan luar bandar. Kenyataan dilihat sebagai benar disebabkan golongan ini adalah golongan yang tersisih daripada arus informasi dan hanya disalurkan dengan media arus perdana yang nyata menyebelahi satu pihak sahaja.
Di kawasan luar Bandar seperti di Baram,boleh dikatakan rata-rata penduduk tetap di kampung adalah golongan tua yang berdaftar sebagai pengundi yang sah. Difahamkan juga pemuda yang tinggal di kampung adalah penganggur dan juga mereka yang berkerja di kem kayu balak yang berhampiran. Pada pilihanraya yang sudah, apabila tiba masa pembuangan undi, kelibat golongan orang muda sangat sedikit kerana kurang kesedaran tentang hak mereka. Ini adalah kerana ramai dikialangan mereka yang tidak berdaftar.Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa undi penentu adalah dari golongan tua yang tidak berpelaran. Disamping itu juga, mereka kurang sumber maklumat yang adil bagi membuat penilaian parti mana dan calon mana yang benar-benar boleh dipercayai. Sebaliknya, apa yang nyata sekali mereka banyak didedahkan dengan maklumat yang berat sebelah walaupun keadaan pembangunan sosial dan ekonomi jauh ketinggalan di bandingkan dengan masyarakat bandar dan juga penduduk di Semenanjung Malaysia.Peruntukan sedikit sumbangan pada masa dekat dengan pilihanraya sudah cukup memenuhi kehendak mereka dan mengatakan bahawa itulah yang dikatakan 'kemajuan' sebenar.
Kemunculan media baru seperti internet telah menyangkal bahawa kerajaan memerintah tidak sekuat mana di kawasan luar bandar. Ini juga menggalakan limpahan suara anak muda yang impikan perubahan dalam suasana politik di Telang Usan dan Sarawak amnya. Namun pada hakikatnya, keadaan ini tidak mengundang perubahan politik kerana kuasa berada di tangan pengundi, iaitu pengundi luar bandar yang rata-ratanya golongan tua.Baru-baru ini, media memaparkan hampir 40 ribu anak Sarawak di Johor tidak dapat pulang mengundi. Golongan ini termasuk anak-anak muda yang menetap di bandar yang sibuk dengan kerja. Bila tiba saat keputusan pilihanraya diumumkan, suara-suara anak muda ini tidak kedengaran disebabkan hanya tidak mendaftar dan tidak mengundi sebaliknya mandat akan ditentukan oleh orang tua mereka di kampung.PERKARA INI ADALAH HAKIKAT SEBENAR BAGI PENGUNDI DI KAWASAN LUAR BANDAR. Oleh sebab itu, BN menyedari hakikat ini dan percaya mereka akan terus menawan kerusi di Telang Usan dan banyak kawasan pedalaman lain di Sarawak. Usaha untuk mengubah keyakinan penduduk luar bandar kepada parti politik yang lain dalam masa yang singkat adalah satu usaha yang sangat sukar.
Kini, faktor kemenangan mungkin berpihak kepada BN kerana nampaknya mereka berjaya mengunci minda orang kampung kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu. Tidak kisahlah banyak kebangkitan suara anak muda yang hanya menyalak di media internet namun BN tetap dengan strateginya terus mengunci pemikiran orang-orang yang boleh memberi mandat kepada mereka. Kemunculan En Harisson Ngau dari PKR di Telang Usan nampaknya memikul tugas yang besar bagi memberi keyakinan dan mengubah 'mindset' Orang Ulu di kawasan itu. Walaubagaimanapun, harapan masih bersandar kepada pihak pembangkang bagi memberi tentangan dan memberi kesedaran kepada Orang Ulu yang telah lama lena di bawah payung BN dan cengkaman bekas DUN Telang Usan, YB Lihan Jok.
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
►
2009
(50)
- ► 03/22 - 03/29 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/19 - 04/26 (1)
- ► 04/26 - 05/03 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (3)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (3)
- ► 08/30 - 09/06 (4)
- ► 09/06 - 09/13 (6)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/20 - 09/27 (5)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 11/01 - 11/08 (1)
-
►
2010
(10)
- ► 05/16 - 05/23 (1)
- ► 09/12 - 09/19 (3)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 09/26 - 10/03 (1)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 10/17 - 10/24 (2)
- ► 10/31 - 11/07 (1)
-
▼
2011
(33)
- ► 01/09 - 01/16 (3)
- ► 01/30 - 02/06 (1)
- ► 02/06 - 02/13 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (4)
- ► 02/20 - 02/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (3)
- ▼ 03/27 - 04/03 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (4)
- ► 04/10 - 04/17 (2)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 05/01 - 05/08 (1)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 11/20 - 11/27 (1)
Sketsa
Followers
Ways Forward
Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM
27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching
KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.
Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.
Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:
1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;
2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;
3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);
4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;
5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;
6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;
7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.
Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:
1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;
2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;
3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;
4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;
5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;
6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;
7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;
8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;
9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;
10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;
11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.
12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.
Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:
Nama/Persatuan:
1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian
3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)
5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu
7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian
8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan
9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian
10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
11. Masa Ak Nangkai

12. Jacob Ak Imang

13. Anthony Belon

14. TR. Engkana Ak Talap

15. Maurice Ak Aben

16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai
17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)
18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong
19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman
20. Walter Chambers Najod
21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah
22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau
23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau

Hakikat NCR
Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.
Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.

Isu DUN TU semakin hangat menjelang pilihanraya kali ini terutama isu Calon BN yang menampakkan perebutan antara beberapa pihak.Ini mungkin akan menjadi senjata utama pihak PKR untuk mendapat sokongan dari pengundi TU. Walaubagaimana pun,Isu yang harus di fikirkan sekarang adalah Masa depan OU itu sendiri. Adakah masa depan OU makin terjamin kalau memilih BN atau masa depan terjamin sekiranya OU memilih selain dari BN.Jika di selak dari segi sejarah,apabila pembangkang mendapat mandat 2 penggal di bawah En. Kebing, tak banyak perubahan yang ketara di DUN TU dan pada ketika itu.Dari pemerhatian saya, kebanyakan OU adalah politik di atas pagar.Dan ini menyebabkan pembangunan susah untuk di teruskan kerana tak ada pihak yang di beri mandat secara total untuk satu jangka masa yang lama.Terkenang pada kempen pilihan raya P Baram yang lepas,ketika BN melakukan kempen di sebuah kampung, suara bisikan beberapa orang tua yang duduk jauh memerhatikan calon BN yang berkempen.Bisikan itu berbunyi seperti ini ." Selama ini kita undi BN,tapi tidak juga kita jadi kaya". Hati saya terusik juga terdengar bisikan itu. Tetapi di sebalik bisikan itu mungkin ada perkara yang positif dan negatif untuk di fikirkan.Mengenai isu balik mengundi ke kampung, isu ini adalah penyebab utama golongan muda yang di bandar tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka.Siapa kah pihak yang bertanggungjawab yang harus menanggung segala perbelanjaan itu. Ada kah parti yang bertanding atau pengundi itu sendiri?Jikalau pengudi sendiri yang di pertanggungjawab untuk segala perbelanjaan itu,nampak nya tak akan ada golongan dari bandar akan balik mengundi kerana kos yang agak tinggi.Isu ini amat menarik tetapi berlaku sejak dulu di kawasan pedalaman.Ini adalah kerana Kawasan TU adalah sangat luas dan jauh di pedalaman.Akhir sekali, Kepada calon calon yang akan bertanding di DUN TU,tolong lah jgn buat janji kosong.Sertakan plan pembangunan sekiranya calon itu menang dan plan itu seharusnya di jalankan walaupun calon yang menang itu dari kerajaan atau pun pembangkang.Politik OU sekarang ini semakin matang...
ReplyDeleteApa-apa pun yang OU buat, kami orang Long Bedian akan menang mudah. Buat apa kami nak sokongan kamu orang. Dulu YB Lihan, sekarang cr Dennis Ngau. haha. Memang kami orang Long Bedian layak. sori kepada kampung2 lain. hahaha
ReplyDeleteBrothers/Sisters in Christ.. Don't be to rude.. God will show us who the real leader is.. No matter where he/she from..
ReplyDeletehai orang-orang Long Bua dian,jangan lah sombong sangat sampai tak nak memerlukan orang-orang lain di telang usan ini,manakan dapat orang-orang long Bua Dian saja dapat memberi itu Denis ngau jok menang.Takkan cukup pengundi dengan hanya itu Lihan Jok, Mujan Jok, Jok Eng Jok, Ngau Jok, Ketua'Jok, Emang Uyo Jok, Lake Laing Jok, Boi Jok, Akem Jok, Bavui Jok, sepula Jok dan segala Jok Jok Jok Jok Jok untuk buat Denis Ngau Jok menang. Cari lah orang-orang seperti Mereka itu Elizebeth Ding Wan, Kebing Wan, Jok Ding Wan, Mujan Wan dan segala Wan Wan Wan
ReplyDeleteJangan lupa aban ngau,akem ngau,amei ngau,seng ngau,sela ngau and all the ngau's.
ReplyDeleteTinggal beberapa hari saja lagi hari untuk kita rakyat sarawak menentukan masa depan kita.semoga semua mengambil kesempatan ini utk menunaikan tanggungjawab memilih "KULI RAKYAT" yang betul-betul prihatin dan memahami masalah kita.Jangan selepas pilihanraya selesai terus senyap/hilang.Bagi CALON kawasan TU yang menang nanti lebih baik mengumpul maklum balas daripada rakyat sebelum memulakan sesuatu project. Kaji selidik dulu kesan baik-buruk.Minta pendapat rakyat dan bersikap terbuka.Kepada semua pengundi kawasan TU berfikir lah utk masa depan generasi kita OU.Sesiapa pun calon yang menang dia tetap dapat gaji @ elaun tak kira BN,PKR,SNAP ataupun calon bebas.kalau dia tak bekerja siapa yang rugi? So pilih lah dengan bijak.RENUNG-RENUNGKAN dan selamat mengundi.
ReplyDeleteMGM Resorts Casino, Inc. Announces Plans to Set a $3
ReplyDeleteMGM Resorts 속초 출장안마 Casino, 안동 출장마사지 Inc. (NYSE: 전라북도 출장안마 MGM.MI) is making the move to 춘천 출장안마 change course 광주광역 출장안마 with a proposed $3.1 billion expansion of MGM Resorts