Di pihak BN, bakal pengganti kepada YB Lihan telah dihebahkan di media tempatan dan juga di internet dan besar kemungkinan diganti oleh Cr Dennis Ngau . Di satu pihak pula, En Kebing Wan (dari SNAP) telah memberi kenyataan awal bahawa beliau akan bertanding di DUN Telang Usan. Seperkara lagi, Setiausaha Agung SNAP, Stanly Jugol menggesa bahawa bahawa SNAP akan menggalas cabaran di kawasan majoriti kaum Dayak. Perkara ini mungkin menyuntik semangat bagi veteran politik En Kebing Wan (dai SNAP) untuk kembali lagi bertanding. Walaubagaimanapun, faktor usia dan latar belakang politik mungkin menjejaskan sedikit populariti beliau di daerah Baram. Komen secara rawak yang sering dilemparka di media internet teryata tidak menyebelahi beliau atas faktor yang dinyatakan terutamanya anak muda sekarang yang inginkan pembaharuan dan juga inginkan pemimpin berdarah muda dan mempunyai inspirasi tinggi bagi membawa perubahan. Mungkin nama veteran politik seperti Kebing Wan tidak mendapat daya penarik kepada pengundi kaum muda kerana seolah-olah tidak selari dengan perjuangan reformasi politik dan juga ekonomi. Mungkin perkembangan di daerah Baram memberi sedikti kredit kepada parti pembangkang yang bertanding terutama pada masa kehangatan isu tanah NCR, Empangan Baram dan kemunduran kemudahan infrastruktur. Walaubagaimanapun rakyat mungkin tidak mempunyai pilihan selain memangkah dacing sekiranya calon di satu pihak lagi tidak diperkenankan. Keadaan ini juga akan bertambah parah sekiranya pertindihan kerusi yang ingin direbut oleh parti-parti pembangkan tidak diselesaikan dengan segera. Ada juga yang mengatakan bahawa DAP dan PKR mungkin akan mengintai peluang.
Sekiranya pihak pembangkang mempunyai calon yang disegani dan ada persefahaman, saya percaya BN dapat ditumbangkan dengan mudah di DUN Telang Usan. Maksud saya di sini, adalah tepat pada masanya apabila isu berikut diperdebatkan:
1. Isu empangan Baram di Hulu Baram, sudah cukup mengalih sokongan sesuku daripada Orang Ulu di sebelah ulu Baram yang akan terjejas dengan empangan Baram. Ini mungkin melibatkan kampung dari Long Laput hingga ke hulu Baram. Rasionalnya, adakah OU yang terjejas dengan empangan Baram akan memangkah BN sekiranya mereka sedar tindakan ini akan merelakan projek empangan ini diteruskan dan menenggelamkan kampung halaman dan isi bumi di hulu Baram?
2. 1/2 daripada penduduk Orang Ulu yang terjejas dengan kemudahan jalan raya yang tidak baik ekoran projek gajah putih BN iaitu jalan LAPOK. Kegagalan projek ini dari dahulu lagi menjejaskan kredibiliti BN walaupun ada usaha untuk memberi peruntukan kepada projek ini baru-baru ini. Namun ianya sudah agak terlambat kerana usaha ini akan dilihat sebagai memancing undi kerana pilihanraya negeri sudah tiba.
3. Ini ditambah isu yang sangat hangat sekali adalah NCR. Di daeah Baram Tengah termasuk Tutoh Apoh, pencerobohan tanah NCR telah dimulakan oleh syarikat kroni BN dan menjejaskan 1/3 daripada kawasan di daerah ini. Sekiranya peta di Ulu Baram ini teliti dengan betul, kawasan tanah adat telah pun habis diambil di bawah Provisional Leasing (PL) syarikat kelapa sawit dan syarikat balak.
4. Tempias isu penahanan Bible Bahasa Malaysia juga mendapat perhatian kerana 99% penduduk OU adalah beragama kristian. Walaupun isu ini bersifat nasional, tetapi kesanya adalah tertumpu kepada penganut agama kristian sahaja. Masalah ini adalah masalah bermotifkan politik dan polisi kerajaan BN di peringkat pusat.
5. Penggal lima tahun 5 tahun YB Lihan tidak menampakan hasil dimana taraf kehidupan penduduk OU masih ditapuk lama. Pembinaan sekolah, asrama, klinik dan jalan raya jauh daripada tahap yang memuaskan. Perpindahan penduduk OU ke Bandar amat merunsingkan ekoran kurang peluang menjana pendapatan. Kini projek penanaman kelapa sawit telah mengambil alih yang kononya akan menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk setempat. Jangan lupa, projek kelapa sawit di Long Temala sekarang dipenuhi dengan perkerja indonesia bergaji murah. Adalkah OU mendapat tempat sekiranya semua kawasan di Baram ditanam dengan kelapa sawit di bawah konsep baru yang dilaung-laungkan?
6. Kegagalan usaha membawa pembaharuan oleh YB Lihan sendiri turut menjejaskan populariti BN di kalangan sesetangah penduduk kampug di Baram. Kelemahan ini mungkin diakui oleh BN sendiri apabila beliau kali ini dinasihatkan untuk berundur dari kerusi DUN Telang Usan dan cuba menapilkan muka baru. Kredibiliti beliau sebagai DUN Telang Usan dipersoalkan sejak awal lagi apabila beliau dituduh mempunyai kepentingan peribadi di kawasan Baram. Selain itu juga, ada penduduk yang tidak senang dengan tindakan beliau campur tangan dalam hal-ehwal perlantikan ketua masyarakat. Kegagalan menanggani masalah OU berkenaan dengan tanah NCR dan juga masyarakat Penan dengan tuntutan hak mereka masih dipersoalkan. Semua perkara ini adalah dilihat sebagai kelemahan cara pentadbiran beliau sendiri.
Enam isu di atas cukup sukar untuk disangkal oleh BN melainkan penafian yang mudah difahami oleh penduduk kampung yang telah dikunci minda mereka oleh jentera dan media BN. Isu-isu ini tidak akan diambil mudah lagi bagi memacu pembangunan socio-ekonomi di daerah Baram. Tidak kisah parti mana yang memerintah, sekiranya hak dan kepentingan OU tidak diambil kira, saya percaya OU akan terus kekal di tapuk lama dan lena dalam arus pembangunan negara. Bagi parti pembangkang pula, saat dan masanya amat tepat untuk bertindak dan menyedarkan penduduk OU yang kini di dalam dilema. Mungkin dari sudut lain, mereka ditawan oleh ideologi BN yang mencanangkan perubahan di Telang Usan dengan berbagai resepi serta sumbangan. Walaubagaimanapun, OU seharusnya sedar dan berfikiran terbuka bagi mencapai matlamat bersama dan mengetepikan janji manis politik yang akhirnya merugikan OU sendiri pad masa depan.
Hari pengundian bemula pada 16 April dan tiba masanya untuk menentukan masa depan bersama dengan memangkah calon dan parti yang benar-benar membawa perubahan dan suara dari Telang Usan agi kemajuan bersama...SELAMAT MENGUNDI.
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
►
2009
(50)
- ► 03/22 - 03/29 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/19 - 04/26 (1)
- ► 04/26 - 05/03 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (3)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (3)
- ► 08/30 - 09/06 (4)
- ► 09/06 - 09/13 (6)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/20 - 09/27 (5)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 11/01 - 11/08 (1)
-
►
2010
(10)
- ► 05/16 - 05/23 (1)
- ► 09/12 - 09/19 (3)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 09/26 - 10/03 (1)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 10/17 - 10/24 (2)
- ► 10/31 - 11/07 (1)
-
▼
2011
(33)
- ► 01/09 - 01/16 (3)
- ► 01/30 - 02/06 (1)
- ► 02/06 - 02/13 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (4)
- ► 02/20 - 02/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (1)
- ► 03/27 - 04/03 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (4)
- ► 04/10 - 04/17 (2)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 05/01 - 05/08 (1)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 11/20 - 11/27 (1)
Sketsa
Followers
Ways Forward
Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan
Oleh SUHAKAM
27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching
KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.
Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.
Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:
1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;
2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;
3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);
4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;
5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;
6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;
7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.
Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:
1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;
2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;
3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;
4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;
5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;
6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;
7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;
8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;
9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;
10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;
11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.
12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.
Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:
Nama/Persatuan:
1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian
3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)
5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu
7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian
8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan
9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian
10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
11. Masa Ak Nangkai
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
12. Jacob Ak Imang
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
13. Anthony Belon
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
14. TR. Engkana Ak Talap
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
15. Maurice Ak Aben
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai
17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)
18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong
19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman
20. Walter Chambers Najod
21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah
22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau
23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau

Hakikat NCR
Sumber: Asas Tanah NCR Kayan Kenyah Diperjadikan: Adet Kayan Kenyah 1994, Seksyen 84
Oleh: Temenggong Pahang Deng Anyi.
Clause 23: …..Hakikatnya, sejak tahun 1970 memang Ketua Masyarakat Kayan Kenyah sudah berkali-kali dan bermati-matian momohon Kerajaan menyukat tanah dan memohon surat-surat yang perlu. Kerajaan selalu menjawab tidak perlu memberi surat tanah temuda. Dengan alasan tanah NCR tidak boleh diambil oleh orang lain kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. Kebun-kebun adalah sebagai geran tanah kamu yang di pedalaman. Kampung kamu sudah beratus tahun berada di sana itulah sebagai bukti dan geran tanah kamu katanya. Tetapi yang terjadi sekarang kompeni tidak peduli. Apabila tuntutan dan permintaan orang tempatan tidak ditunai dan tidak dipedulikan oleh kompeni, terpaksalah mereka mengambil tindakan Undang-Undang, malah juga melanggar undang-undang bagi meneggakan keadilan serta menuntut hak mereka. Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mempastikan masyarakat kami tidak ditindas, disamping hak kami wajib dihormati.

Satu perkara yang harus kita ambil tahu ialah jika Cr Dennis yang menggantikan YB Lihan Jok, bermakna BN masih lagi menampilkan YB lihan jok tetapi hanya menukar kulit sahaja. Ini kerana, Cr dennis Ngau adalah kroni YB Lihan Jok. Cara dan perwatakan yang sama cuma baju yang berbeza. Berasal dari kampung yang sama. Apakah OU tidak sedar lagi jika CR Dennis ini dipilih. Satu perkara yang harus OU tahu bahawa CR Dennis ini hanya pak turut. Kalau BN mahu menang, pilih lah calon yang bukan knoni LIHAN JOK dari LONG BEDIAN. INI masa nya untuk orang ulu telang usan pula. Orang apaoh mana tahu kesusahan kami di ulu telang usan.
ReplyDeleteWahai sanak suadara rakan taulan dan semua rakyat di baram,setelah mengikuti dan membaca smua komen2 dlm news potal ini selama ini maka saya rasa amat penting bagi kita pembaca2 ini selama ini untuk menyebarkan seberapa banyak yang boleh kepada kaum keluarga kita masing2 di kampong sana supaya mereka juga mendapat maklumat seperti kita di sini.Tak kira siapa sekalipun Calon yang TA'AI BERUK itu kemukakan itu soal mereka,yang penting bagi kita hanya supaya kita sama2 BERIKAN UNDI KITA KEPADA SATU CALUN PEMBANGKANG sahaja iaitu CALON PKR HARISON NGAU LAING walaupun terdapat calon2 pembangkan yang lain dengan HUJAH hebat2 mereka itu adalah hanya akan memecahkan kekuatan kita terhadap TUJUAN kita sebenar kerna perjuangan mereka itu juga sama seperti kita,maka janganlah sampai kita terkeliru tetapkanlah undi kita itu nanti pada yang satu saja iaitu PKR... men ika uncle,harin bakeh kui EX-YB KEBING WAN,tujuan ka perjuangan ka selama anih memang cukup MURNI SERTA IKHLAS men lim Rakyat KA ha telang usan kame cukup kagum ngioh perjungan ka aleng uh anih dih sayu pah ateng dau anih,nusi te nun aleng deng kame na ngioh ika melainkan mauk sokongan kame aleng penuh ikhlas paen aleng uh anih dih dahim nurai pah ateng dau anih lahuh, kame lahuh tetap paen mendoakan kesihatan ka te TUHAN tam sebagai penghargaan dan terima kasih kame te kenep puti dahin kenep aleng penu maang ka memperjuangkan HAK-HAK dan KEPENTINGAN kame selama anih,BI JI HANGUN ANIH UNCLE,HARIN,BAKEH KAME KEBING WAN KAME AKAI ASI LAN LAN DAHIM AMAI HARIN JAH TELO NA KENEP ALENG JI TUA NAH TE UDI ANIH HA TELANG USAN NIH JAH SI TELO DENG ALA KERUSI ANIH ULI DAHIN DENG BERSUARA MEMPERTAHANKAN HAK HAK TELO ATIH BERSAMA PIAH ALENG IM PERJUANG PAEN AWI ALENG UH ANIH DIH.Selama ini saudara HARISON NGAU sangat sangat menghomati perjuangan ikhlas daripada kamu maka beliau pun tetap memberi sokongan yang penuh kepada kamu setiap kali kamu bertanding,akan tetapi dengan kaadaan Party SNAP yang kamu wakili itu sekarang sama sekali tidak menyenangkan malah memberi KERISAUAN kepada kami,tentu sekali bukan kamu yang bersama dalam komplot itu tetapi jelas sekali rakan rakan kamu yang selama ini memang nampak orang yang bukan begitu berada tapi sekarang tiba tiba dah berubah wajah..TULA SAWI PA DAHA ANIH JAM KET ALENG TEKJET NUTIH...NYADUI PEJI NAH TELO IKA PAH ALENG LEBIH JAM NUN ALENG PATUT IM NA.MAUK TERIMA KASIH AYA LAN LAN MEN IKA....PERINGATAN KEPADA SEMUA KITA.. Satu undi kamu mungkin memberi satu kemenangan kepada satu kerusi,.maka satu kerusi itu mungkin memberi satu kemenangan kepada satu KERJAAN nanti, OUR GOD OUR LORD JESUS CHRIST WILL BLESS US ALWAYS AMIN
ReplyDeleteAnak-anak muda ayoh bangkit memperjuangkan hak kita sebagai anak jati DUN Baram, jangan kita pandang/terpikat kepada janji2 manis dr satu2 pihak malah kita yang membuat keputusan untuk membuat perubahan dalam membangunkan kawasan kita sendiri, jangan termakan budi dr satu2 pihak kerana kita yang menentukan arah tuju pembangunan di kawasan kita demi masa depan anak cucu kita di kemudian hari, kita jangan fikir dalam jangka masa yg singkat malah kita berpandangan jauh kehadapan kerana yang akan mewarisi semua apa yg kita perjuangkan sekarang adalah anak cucu kita untuk kebaikan mereka, kita sekarang hanya memperjuangkan perjuangan keadilan bukan untuk memberi kepentingan dan keuntungan kepada satu2 pihak sahaja malah perjuangan untuk semua rakyat di DUN Baram yang mana selama ini tersepit dan terhimpit oleh mereka2 yang memperjuangkan hanya di mulut sahaja. Mari kita sama2 buat satu perubahan anak2 muda DUN Baram selagi Jalan Lapok, Isu Tanah Adat, Empangan dan kroni tidak selesai kita perjuangkan hak kita sebagai pengundi yang memikirkan kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian penduduk di kawasan DUN Baram dan Parlimen Telang Usan.....satu undi anda amat berharga dan mampu mengubah nasib penduduk DUN Baram dan Parlimen Telang Usan.......Buang yang keruh ambik yg jernih..... fikir2kan....ANAK2 MUDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA DAN KEMAJUAN DUN BARAM KHUSUSNYA......
ReplyDeleteTo all the young generation.....Please thinks carefully before select the leader for us because they will be "Ear" to listen,our "Eyes" to see, "tear" crying together with us during we in trouble,"Laugh" together during our happiness, our "Hand" to hold and our "Leg" to walk together with us in Baram. That is the 1st type of HUMAN to be our leader in Baram. 2nd, "Less talk, MORE WORKS" for us. 3rd, "Promise" not just during the election but all the time after selected. 4th, NEVER Sells our people land to others get benefit but our people like pengemeis looking for a cup of water to drinks and a plate of rice to eat at others places...Where is the special of Orang Ulu with they own land...why not create more jobs at Baram as to generate baram become a main eyes of the world even in Malaysia itself? There a lot of things can be done to make improvement on our own people not just wait for the other come to us to bring all this things...We can do it...We already have enough quality of people with various type of skills, DONT talk about quantity...it is more then enough to make baram number one in future...But afther all, SELECTED person must not just because of main leader but ther leader himself need to show the talent to be a leader...Name and the parties is not a main issue but the quality of the leader himself can walk for Orang Ulu...This is the time for them if they a selected...
ReplyDeletePengundi, fikirkan apa yang telah berubah dalam negeri Sarawak dlm masa 60 tahun yang telah lepas.
ReplyDeleteKampung- masih sama seperti dahulu, tanpa elekrik, air bersih, tanpa telefon dan jalanraya yang baik. Kehidupan tetap seperti dahulu (isolated), tidak mengetahui apa yang berlaku dalam dunia.
Bandar- jalanraya dibuat tapi tidak dapat diperbaiki kualitinya. Elektrik ada tapi tidak berterusan (selalu padam tanpa pengumuman dahulu). Air paip ada tapi semua rumah terpaksa beli air minum atau tapisan untuk mendapatkan air yang bersih. Sebenarnya kita bayar air 2x.
Ini adalah keutamaan basik yang harus dapat di beri oleh kerajaan.
Hak orang ulu untuk memperjuangkah tanah mereka. Apa yang terjadi...hutan ditebang dan kelapa sawit ditanam.
Kemana semua kemajuan pergi????Kenapa kita masih mandi dalam sungai dan tanpa elektrik..?Tanyakan setiap peribadi. Hanya calon yang benar-benar mementingkan rakyat layak menjadi pemimpin. Bukannya calon BN yang memikirkan konco-konconya atau poketnya sendiri.
Berikan signal kepada BN bahawa 60 tahun lebih dari cukup! Kita tidak dpt diperbodohkan lagi. Semua janji kemajuan diulangkan setiap kali kalau undian...lepas undi mereka duduk diam dalam rumah airconditioning. Janji hilang begitu sahaja. Kerana mereka dipilih oleh rakyat, mereka harus bekerja bagi rakyat bukan untuk diri sendiri. Rakyat sepatutnya boss atas mereka!Fikir baik-baik sebelum mengundi!