
Bangkit dan bersinarlah, itulah tema seminar yang baru diadakan di Petaling Jaya pada 7 May 2011 bertempat di DUMC, Petaling Jaya. Saya terkilan dengan sambutan sambutan seminar seumpama ini yang menyentuh isu hak tanah NCR, kedudukan kristian di di bawah perlembagaan dan juga isu-isu keagamaan. Disamping itu juga program ini disajikan dengan berbagai persembahan kebudayaan dari beberapa etnik dari Sabah dan Sarawak.
Antara yang menarik perhatian di sini adalah kehadiran YB Baru Bian yang memberi ceramah tentang hak tanah adat orang asal di Sarawak. Dalam masa yang sama, beberapa solan telah diajukan yang berkisar masalah yang dihadapi penduduk asal di Sarawak terutamanya penindasan hak tanah adat oleh pihak berkuasa dan juga polisi kerajaan negeri. Di dalam kesempatan ini, saya mengetengahkan masalah umum berkenaan NCR khususnya di daerah Baram yang kini masih belum selesai. Antara lain, menyoal tentang ketelusan kerajaan negeri membuat perimeter survey terhadap semua tanah-tanah kampung termasuk tanah yang di dalam kawasan 'communal Boundary' sesebuah kampung di Baram. Walaupun di sudut yang lain, kerajaan telah memberi banyak lesen atau PL (Provisional Leasing) kepada syarikat kelapa sawit dan syarikat balak di dalam kawasan ini. Selain itu, saya juga turut mengajukan soalan mempelawa YB Baru untuk memberi cadangan apakah langkah-langkah yang seharusnya dibuat oleh generasi muda bagi memberi kesedaran hak tanah kepada penduduk kampung yang tersisih dengan sumber maklumat yang adil.
Maklum balas daripada beliau tentang persolan di atas,adalah sangat positif dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Beliau juga menambah, memberi kesedaran kepada penduduk kampung mungkin mengambil masa untuk mereka benar-benar faham. Disamping itu peranan generasi muda membuat berbagai program kesedaran dan mendampingi mereka secara konsisten.
Saya amat terpegun dengan program seumpama ini boleh diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang ramai oleh warga Sabah dan Sarawak malah dari saudara dan saudari kita dari Semenanjung Malaysia. Saya juga turut tergerak hati, mengapa kita tidak aktif mengadakan program seumpama ini di Baram atau di Sarawak amnya. Sekiranya program kesedaran seumpama ini selalu diadakan, saya percaya penduduk Orang Ulu mungkin lebih terbuka dan boleh menilai, seterunya menentukan masa depan mereka sendir tanpa dipengaruhi mana-mana gimik politik.
No comments:
Post a Comment
Please post your comment on the subject.