

Pelancaran Seminar Hak Tanah Adat yang diadakan di Long Banyok Baram telah berjalan dengan jayanya. Seperti yang dirancang,atur cara bermula pada 20/9/09 kira-kira 8.00pm dan berakhir pada jam 12.00 malam.Hari berikutnya,21/9/09 bermula 8.am dan bersurai pada 3.00 petang.
Program ini diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa yang mewakili badan bukan kerajaan, TAHABAS yang diketuai oleh Presidennya sendiri En Michael Jok, Mark Bujang dari BRIMAS dan 4 Orang peguam terkenal berkenaan kes tanah,En Baru Bian,En Nyipa (Ali Basah), En Paul Raja dan En Abun.Turut hadir juga adalah Tuai Rumah Nor a/k Nyawai dan juga En Philip Jau dari Lg Laput.Walaupun terdapat khabar ada pihak yang telah membuat laporan Polis dan memberi notis bantahan terhada program ini, namun seminar kesedaran ini tidak menhadapi apa-apa halangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Malah, terdapat rombongan dari Lg Panai, Batu Belah,Uma Akeh, Long Puak, Long Laput, Long Miri, Na'ah dan Long Banyok sendiri untuk memberi sokongan.
Antara lain, peguam Baru Bian dalam ucapanya menyatakan program yang julung kali diadakan di Long Banyok ini merupakan satu sejarah kepada diri beliau kerana ia dihadiri oleh 4 peguam.Turut disentuh adalah isu-isu perundangan yang berkaitan dengan tanah dan juga perkongsian pengalaman yang dihadapi oleh Orang Asal di seluruh negeri Sarawak yang dibawa oleh keempat-empat peguam yang datang.Disamping itu Tuai Rumah Nor, berkongsi pengalaman yang amat berharga dari kampung beliau yang pernah bergelut dengan kes tanah dan akhirnya memenangi kes tuntutan tanah NCR di Mahkamah Tinggi.
Paul Raja yang berasal dari Long Lelang juga berkongsi pengalaman yang dihadapi oleh kampung beliau dan juga turut menjelaskan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini dan juga hak bersuara.Juga menerangkan segala punca yang membawa kepada permasalahan tanah adat yang melibatkan orang yang berkepentingan dan juga ketua-ketua masyarakat.
"Kamu budak sekarang jangan takut dan terus berjuang menjaga hak tanah kita supaya kompeni tidak mudah memperdayakan kita. Kami, dari dulu berjuang dan tidak putus asa hingga sekarang" kata Barah Aning, salah seorang rombongan dari Uma Akeh ketika memberi komen kepada program ini.
No comments:
Post a Comment
Please post your comment on the subject.