
Bagi menteteramkan keadaan setelah mendapat jalan buntu dengan rundingan pihak Penan minggu lepas, "wakil kerajaan" akhirnya berjaya juga melembutkan hati kaum Penan dengan janji memberi kemudahan kesihatan kepada mereka. Dibawah Community Outreach Program, memorandum persefahaman dipersetujui oleh Kuching Specialist Hospital(KcSH)dan Samling Corporation untuk membantu kaum ini dengan percuma.
Ini memulakan satu episod baru bagi kaum Penan yang menantikan hak mereka diiktiraf. Bukan sahaja dari segi kebajikan, malah termasuk hak tanah mereka yang kian dihimpit oleh Syarikat pembalakan dan projek penanaman kelapa sawit. Menjawab kepada delima kaum Penan ini DUN Telang Usan, En Lihan Jok memberi kenyataan berikut:
"The government is seriously looking into the matter but would not rush into giving them land until they are settled,”...." The demand (of Penans) over their land is right and we cannot dispute that, but the government cannot give them land if they continue roaming in the forest.”-Interview dengan Borneo Post.
Tetapi dari perspektif yang lain beliau memberi ungkapan berikut yang masih boleh dipersoalkan keikhlasannya dan kerajaan negeri tentang isu hak tanah:
“We are in a country that has laws and a law like giving land to the people, including the Penans, has to be looked at"
Ini bermakna segala pemberian hak tanah masih tertakluk dengan peruntukan undang-undang sedia ada.Mungkin di sini amat sesuai memperkatakan tentang peruntukan yang termaktub di dalam Sarawak Land Code 1957 yang banyak dipersoalkan oleh ahli akedemik dan golongan profesional.Walaupun peruntukan itu sendiri ada memperkatakan tentang bagaimana NCL (Native Customary Land) diwujudkan, tetapi hingga kini pihak kerajaan masih tidak lagi mengiktiraf hak terhadap tanah adat , jauh lagi diwartakan sebagai NCR kaum peribumi. Natijahnya, ia bukan menimpa kaum Penan sahaja tetapi semua penduduk di Baram amnya.
Mengambil kira faktor tekanan pilihanraya negeri akan datang,di Long Banyok umpamanya,penduduk dinasihatkan oleh YB Lihan untuk membuat pemetaan terhadap tanah NCR masing-masing dengan harapan untuk merekodkan semua butir pemilik tanah untuk dihantar kepada pihak berwajib untuk tujuan yang tidak begitu jelas. Namun penduduk Long Bantok kini masih tertunggu-tunggu agar hak ini diiktiraf.
Lepas Lihan Jok janji ini dan itu selepas kejadian Penan buat mogok, tengok kaum Penan di Baram ada pangkah dia lagi tak masa pilihanraya akan datang? Ini mahu menyenangkan Penan, di kampung dia sendiri pun belum tentu dapat full support.
ReplyDeleteJangan janji sebarang janji. Macam itu juga janji dulu tu, lama betul baru tunai janji. Janji kembalikan tanah Penan yang diambil oleh syarikat balak, bila mau tunaikan?
Jangan pandang rendah dengan Penan. Berjanji mesti ditepati tau.
Tuan Ungga Paren kau lah hero kaum Penan. Kerana andalah, maka kepentingan kaum Penan terbela. Anda tidak takut, walaupun Pejabat Daerah Marudi dan Lihan Jok mungkin sudah senarai hitamkan nama anda. Harap anda terus kuat dengan perjuangan ini.
ReplyDeleteKita selalu dengar kempen minta derma untuk kaum Palestin, mangsa perang Afganistan dan mangsa malapetaka di luar negara dengan kumpul ringgit berjuta-juta dan bagi mereka. Tetapi mereka lupa dalam negara sendiri, ada lagi yang masih memerlukan bantuan ini seperti kaum Penan. Dari membantu orang luar, bantulah kaum Penan yang memerlukan sumbangan anda.
Kita sangsi perjuangan membela dan mempertahankan hak kita sebagai orang asal dilihat oleh pihak pemerintah negeri seperti tindakan anti-kerajaan atau pengganas.
ReplyDeleteTetapi kalau hal sedemikian berlaku di Palestin dan Afganistan, pandai pula orang kita sokong sampai buat pertubuhan dengan niat membantu meringankan beban mangsa penindasan ini. Apa bezanya dengan kaum Penan yang juga mempunyai misi yang sama seperti kaum Palestin dan Afganistan yang mahu hak mereka didengar dalam tanahair mereka sendiri?
Saya rasa orang kita ni bodoh sebab kita suka campurtangan dalam hal di luar tapi tidak dengan hal dalaman seperti membantu kaum Penan yang menjadi mangsa penindasan pembangunan dan pembalakan.
Pemimpin kawasan Baram seperti Lihan Jok dan Jacob Dungau sepatutnya prihatin dengan masalah kaum Penan dan kaum Orang Ulu di Baram. Apa yang dikesalkan kini oleh komuniti di Baram ialah ketidakseimbangan pembangunan di sana. Syarikat balak dan kelapa sawit dengan senang-lenang mendapat lesen tanpa had dari kerajaan negeri. Apa yang dikesalkan ialah syarikat yang diberi lesen ini dengan sewenangnya meluaskan kawasan mereka sehingga ke tanah orang kampung dengan alasan tanah ini tiada tanda ada orang punya walaupun tahu ada pokok buah ditanam di sana. Lepas tu syarikat ini dengan sewenangnya meletakan harga pampasan sesuka hati. Syarikat ini macam samseng lah buat sesuka hati mereka. Kalau penduduk kampung lawan, dia syarikat kata mereka ada lesen yang sah. Jadi akhirnya orang kampung kalah dan tanah milik mereka akhirnya akan hilang termasuk dalam wilayah syarikat ini.
ReplyDeletePemimpin kawasan seperti Lihan Jok dan Jacob Dungau pula tak cakap apa-apa. Mungkin takut dengan Ketua Menteri. Kerajaan negeri pula tak kisah seperti Land and Survey dan Jabatan Perhutanan. Ketua Menteri apa lagi, semua syarikat ini adalah tajaannya.
Inilah senario yang berlaku di Baram. Semua sah dari segi undang-undang negeri bagi pihak syarikat dan kerajaan negeri. Tapi kalau komuniti di Baram memberontak, polis dan askar pula dipanggil. Rakyat yang memangkah pemimpin kini pula di pihak yang salah.
Ada baiknya kaum Penan memberontak. Sekurang-kurangnya kaum yang paling kerdil dan minoriti di Baram pun tahu akan kesakitan ini seperti juga komuniti lain di Baram.
The interior land that belong to the dayak of sarawak shall not be taken away from them in the name of development.
ReplyDeleteAppropriate land title must be given to the dayak that live and depended on the interior land since time immemorial.
The lands must be surveyed and proper maps must be developed.
If we cannot rely or depend on our elected representative such as Lihan Jok or Dungau Sagan...who else shall we depend on?
Oh! By the way, when did the Penans arrive on this island of Borneo? Yesterday? It is most arrogant and/or most ignorant of YB Lihan to say that there needs to be a law for the before the govt could GIVE them land. Dosen't the YB know that the Penans existed on the land hundreds of years before the law of sarawak came to existent? It should have been the other way round. The natives of sarawak should have had the choice 'to give' or 'not to give land' to the companies, not the BN govt.
ReplyDeletemasalah sebegini bukan hanya dihadapi oleh kaum penan ..tetapi juga di hadapi oleh kaum yang tinggal di kawasan sungai tutoh.....hak mereka terhadap tanah mereka sendiri belum terjamin....untuk menyelamat kan tanah orang orang kampung yang bertanggungjawab harus mengambil tindakkan dengan segera....jangan hanya melihat sebelah mata dengan memberi janji dan cermah sana sini namun hasil belum dapat dilihat...........jangan biarkan hak kami diambil sesuka hati...jangan biarkan tanah kami diambil .....
ReplyDelete