

Penggal lima tahun DUN Sarawak dijangka tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Di satu pihak, tiba lah masanya untuk menyuntik semangat dan mempertahankan kredibiliti yang digalas sebelum ini dan menaruh harapan agar diberi mandat lima tahun lagi. Di satu pihak pula memberi pandangan yang tidak berkeyakinan bahawa agenda politik dan laungan pembangunan yang dibawa selama ini menggarap apa yang diharapkan oleh penduduk telang usan.
Kini, media dan ceramah atau seminar memainkan peranan penting bagi menangkis segala bentuk agenda yang di bawa oleh kumpulan masing-masing.Kegagalan membuktikan keberkesanan polisi pembangunan luar bandar menjadi bualan terutama anak-anak muda. Lebih memeritkan beberapa langkah tradisional yang masih dimainkan oleh pihak kerajaan makin membangkitkan perasaan tidak puas hati penduduk telang usan terutama isu pengambilan tanah adat oleh badan korporat yang berselindung di belakang tabir 'pembangunan'.Isu ini mungkin dianggap lapuk di lain tempat, tetapi di sekitar Baram, projek pembangunaladang kelapa sawit makin meluas sehingga mengetepikan kepentingan seluruh penduduk yang terlibat. Kaedah ini sering dianggap memberi keuntungan kepada pihak yang berkepentingan seperti nama korporat yang biasa didengar seperti Samling, Shin Yang, Rimbunan Hijau, Baram Trading dan lain lain lagi.
Memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang memerintah sekarang,ramai penduduk kampung telah memfailkan kes-kes tanah di mahkamah malah cuba memberi ceramah kesedaran kepada mereka yang belum terlibat.Delima yang dihadapi oleh kerajaan sekarang adalah memperluaskan projek empangan hidro yang makin digeruni oleh mereka yang belum ditenggelami oleh air bagi berkorban untuk menyalurkan tenaga elektrik yang dikatakan telah mencukupi setelah terbinanya empangan Bakun. Malah suara rintihan penduduk di daerah Belaga juga menakutkan penduduk daerah Baram yang mungkin akan mengalami musibah yang sama.
Ramai yang berpendapat, pilihanraya negeri yang akan datang adalah 'gelanggang sabung' yang cukup sengit antara parti memerintah dan pembangkang. Namun apa pun mandat adalah ditangan rakyat sendiri bagi menentukan yang mana buku dan yang mana ruasnya.Pengalaman lampau cukup mengajar untuk membuat keputusan pada masa akan datang bagi kepentingan bersama.
No comments:
Post a Comment
Please post your comment on the subject.